CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 4

Ayuh Dhabitah, teruskan fokus - Reezal Merican

[Copy link]
Post time 31-7-2021 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Bukan sahaja layak ke final, malah penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mampu memberikan harapan pada perebutan pingat di final acara 3 meter papan anjal individu wanita, esok.
Harapan itu menjelma selepas penerjun berusia 22 tahun itu mempamerkan aksi meyakinkan pada saingan separuh akhir, hari ini apabila menamatkan saingan di kedudukan keenam dengan mengumpul 312.60 mata selepas lima terjunan.
Dia yang membuat penampilan kali kedua di Sukan Olimpik dilihat konsisten bermula dari terjunan pertama lagi di saingan berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo itu.
Dhabitah bermula di tempat kesembilan selepas berakhir terjunan pertama dan terus memperbaiki kedudukannya sehingga ke tempat keenam.
Hanya 12 daripada 18 penerjun yang beraksi di separuh akhir hari ini, layak mara ke pentas final esok.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berharap Dhabitah dapat meneruskan aksi konsisten esok.
"Saya berharap Dhabitah dapat melakukan terbaik semasa final nanti dan memecahkan pencapaian peribadinya di Siri Dunia FINA di London 2019 dengan catatan 344.40 mata. Teruskan fokus," katanya di Facebook miliknya.
Pemenang emas Rio 2016, Shi Tingmao dari China mengungguli aksi separuh akhir hari ini dengan mengumpul 371.45 mata manakala rakan senegara, Wan Han di tempat kedua dengan 346.85 mata dan Jennifer Abel dari Kanada ketiga (341.40 mata).
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 08:23 PM | Show all posts

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri menduduki tempat keenam di separuh akhir acara 3 meter papan anjal wanita, hari ini, sekali gus mara ke final di Tokyo 2020, esok. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 Dhabitah secure a medal kali ni. Go girl go!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 08:49 PM | Show all posts
makneng replied at 31-7-2021 08:43 PM
Harap2 Dhabitah secure a medal kali ni. Go girl go!!

iya..harap2 dpt la medal walupun gangsa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 31-7-2021 08:49 PM
iya..harap2 dpt la medal walupun gangsa

Aminn.. Eh pandelela belum lagi kan? Mak pun harap pd juga utk dpt medal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.401561 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list