CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1249|Reply: 4

Hasilnya sangat mengecewakan - Wendy

  [Copy link]
Post time 31-7-2021 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Penerjun negara, Wendy Ng nyata tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya selepas gagal meneruskan kemaraan pada penampilan ketiganya di temasya Sukan Olimpik.
Pada acara 3 meter (m) papan anjal individu semalam, Wendy sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-20 dengan mengumpul 251.95 mata sekali gus gagal menempah slot ke pusingan 18 terbaik.
"Bekerja keras sejak lima tahun lalu untuk Olimpik kali ini tetapi hasilnya sangat mengecewakan.
"Apapun saya menerima banyak sokongan. Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa bersama saya," katanya di Instagram.
Kekecewaan Wendy itu ada asasnya selepas pada temasya sama lima tahun lalu di Rio, dia adalah wakil tunggal negara yang layak beraksi di pentas final acara itu dan menamatkan saingan di kelompok 10 terbaik.
Namun situasi di Tokyo nampaknya tidak memihak kepada Wendy sekali gus menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 itu gagal mengulangi atau memperbaiki pencapaian di Rio.
Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Christian Brooker mengakui anak didiknya itu dilihat tidak selesa ketika menjalani sesi latihan sebelum bermulanya saingan sebenar.
"Apabila bermulanya saingan, dia mungkin rasa kurang yakin dan ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada prestasinya," katanya.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 08:34 PM | Show all posts

WENDY berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepadanya. FOTO Ihsan Majlis Sukan Negara
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Menang kalah adat pertandingan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 08:48 PM | Show all posts
Olumis replied at 31-7-2021 08:47 PM
Menang kalah adat pertandingan

iya betul...peringkat olimpik ni antara yg terbaik di dunia yang bersaing
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sokay laa... nak masuk olimpik saje pun bukan semua boleh buat. u did a good job
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.973639 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list