CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 874|Reply: 1

New Zealand menang emas ragbi 7's wanita

[Copy link]
Post time 1-8-2021 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Tyla Nathan-Wong melakukan satu try dan menyempurnakan tiga conversion ketika New Zealand mengatasi Perancis, 26-12 untuk menang pingat emas acara ragbi tujuh sebelah wanita di Tokyo 2020, hari ini.
Michaela Blyde, Gayle Broughton dan Stacey Fluhler melakukan try untuk Baby Ferns pada babak pertama sebelum Caroline Drouin melakukan satu try buat Perancis dan menjadikan kedudukan 19-5 sehingga rehat.
Anne-Cecile Ciofani melakukan try kedua Perancis sebaik babak kedua bersambung, tetapi penguasaan New Zealand tidak tergugat apabila Nathan-Wong menyempurnakan coversion selepas trynya untuk memenangi emas, selepas menang perak di Rio 2016.
"Saya sentiasa melihat pingat perak yang dimenangi di Rio setiap hari, sejak saya sampai di Tokyo," kata Ruby Tui.
"Saya tidak pernah melupakan perasaan menang perak kerana saya mengubah diri 100 peratus untuk menang emas kali ini.
"Emas ini adalah hadiah daripada sebuah impian selepas berfikiran positif. Ia bukan sekadar emas, tetapi bagaimana kami berubah sejak itu. Kamu hanya perlu yakin kepada diri sendiri."
Fiji menang gangsa selepas menewaskan Britain 21-12.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2021 08:45 AM | Show all posts

PEMAIN New Zealand, Michaela Blyde melakukan try ketika menewaskan Perancis di final ragbi wanita tujuh sepasukan di Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.057578 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list