Dr Dunstan bersama bayi perempuan yang disambutnya kelahiran dalam bot ekspres ketika perjalanan ke Hospital Kapit.
SIBU: Baru tiga bulan ditempatkan di Klinik Kesihatan Punan Bah, pegawai perubatan, Dr Dustan Empawi tidak menyangka akan berdepan dengan pengalaman pertama kali menyambut kelahiran bayi dalam bot ekspres pagi tadi.
Dr Dustan ketika dihubungi Utusan Borneo memberitahu, seorang ibu mengandung dengan usia kandungan 35 minggu mengadu kesakitan perut selepas melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Punan Bah sekitar jam 8 pagi.
"Saya terus merujuk ke Hospital Kapit kerana ibu tersebut dalam fasa kelahiran. Ibu yang berumur 29 tahun dirujuk doktor pakar obstretik dan kecemasan memandangkan bayi dalam kandungan peringkat pra matang," ujarnya.
Wanita itu dari Rumah Asing, Belaga yang bakal melahirkan anak ketiganya diiringi Dr Dunstan dan Jururawat Masyarakat (JM) Ganggong pada pukul 11:50 pagi.
"Namun dalam perjalanan, ibu mengadu kesakitan dan ingin meneran. Kebetulan ketika itu kami juga melalui Wong Pelagus (jeram yang berbahaya di Sarawak).
"Dengan tindak pantas saya dan JM, kami selamat menyambut kelahiran bayi perempuan dan seberat 2.05 kilogram. Ibu tersebut selamat sampai ke kecemasan Hospital Kapit untuk rawatan susulan," jelasnya.
Post time 1-8-2021 05:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Alhamdulillah tahniah buat ibu dan keluarga.. Tak boleh bayang betapa sukarnya duduk kwsn mcmni kan.. Terus meols insaf dan rasa syukur duduk di bandar besar ni
Post time 2-8-2021 04:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Oroi8887 at 2-8-2021 04:49 PM
Jd tmpat lahir dlm surat branaknya apa, boat ka tu? Hehehe
Mcm ni la dulu life org kg sy. Nak ke pekan kena naik boat. Berejam pulak tu. Dgn panasnya, masyaallah tbako kulit yg putih ni