CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 742|Reply: 1

Kuartet lelaki AS pecah rekod dunia

[Copy link]
Post time 1-8-2021 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Renangan bertenaga kuak kupu-kupu dari Caeleb Dressel membantu Amerika Syarikat (AS) mencatat rekod baru dunia dan meraih emas dalam acara 4x100 rampaian sebentar tadi.
Kuartet AS yang dibarisi Ryan Murphy, Michael Andrew, Dressel dan Zach Apple menamatkan saingan dengan catatan tiga minit 26.78 saat (s) untuk memecahkan rekod lama 3:27.28s yang dicatatkan pada Kejohanan Dunia 2009.
Tempat kedua diraih Britain melalui catatan masa 3:27.51s dan tempat ketiga pula milik Itali, 3:29.17s.
AS ketinggalan pada 200m pertama ketika Andrew melakukan disiplin kuak dada menentang Adam Peaty dari Britain namun sebaik saja Dressel masuk ke dalam kolam renang semuanya berubah.
Dia berjaya merampas kembali kedudukan pendahulu sebelum membiarkan Apple menyelesaikan tugas untuk mencatat kejuaraan.
Ia adalah emas kelima buat Dressel di Olimpik kali ini, selepas meraih yang keempat sebelum itu dalam acara 50m gaya bebas dengan mencatat rekod baru Olimpik 21.07s
Dia yang juga pemegang rekod dunia dalam acara berkenaan berjaya mengetepikan perenang Perancis, Florent Manaudou (21.55s) dan Brazil, Bruno Fratus (21.57s).
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2021 06:03 PM | Show all posts

KUARTET AS membuktikan kejaguhan mereka selepas mencatat rekod dunia dalam acara 4x100m rampaian. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052795 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list