CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 811|Reply: 1

Pelayar negara gagal perbaiki kedudukan

[Copy link]
Post time 1-8-2021 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pasangan pelayar wanita negara, Juni Karimah Noor Jamali dan Nuraisyah Jamil masih gagal memperbaiki kedudukan acara International 470 Sukan Olimpik Tokyo di Teluk Enoshima hari ini apabila berada di tempat tercorot pada aksi sebentar tadi.
Juni Karimah dan Noraisyah menamatkan perlumbaan ketujuh di tangga ke-20 daripada 21 pasukan sebelum mengakhiri saingan kelapan di tangga tercorot.
Ia menyaksikan mereka gagal memperbaiki kedudukan selepas melalui lapan perlumbaan sekali gus harapan untuk berada dalam kelompok 10 terbaik sudah tertutup.
Aksi yang kurang konsisten dipamerkan oleh dua pelayar wanita itu menyaksikan mereka masih lagi tidak dapat membiasakan diri dengan keadaan angin di Jepun.
Pada saingan itu, pasangan pelayar dari Jerman, Luise Wanser dan Anastasiya Winkel berjaya menduduki tempat pertama manakala Nikole Barnes dan Lara Dallman-Weiss mewakili Amerika Syarikat berada di kedudukan kedua.
Namun, mereka masih lagi berpeluang memperbaiki kedudukan apabila akan turun pada perlumbaan kesembilan dan ke 10 yang berlangsung esok.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2021 06:22 PM | Show all posts

AKSI Juni Karimah dalam saingan kategori 470. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.602382 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list