CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4933|Reply: 31

[Tempatan] Kali ni di Kuala Kangsar. Kanak-kanak, 6 tahun. Asalnya diberi hp utk main, kemu

  [Copy link]
Post time 1-8-2021 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Budak nyenyak tidur dalam pacuan empat roda berkunci
NOOR AINON MOHAMED | | 01 Ogos 2021



KUALA KANGSAR - Anggota bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap hampir satu jam di dalam sebuah pacuan empat roda berkunci di hadapan sebuah kedai di Jalan Daeng Selili di sini pada Ahad.

Difahamkan kanak-kanak berusia enam tahun itu ditinggalkan sendirian bermain telefon bimbit dalam kenderaan jenis Toyota Hilux ketika ibunya keluar untuk membeli barang di kedai berhampiran.

Namun ketika ibunya kembali ke kereta, dia mendapati anaknya sedang nyenyak tidur dalam keadaan kereta berkunci dengan enjin dan penghawa dingin masih hidup.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Mohd Saiful Haniff Mahmad Ayub berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.37 petang.



"Mangsa dalam keadaan nyenyak tidur hinggakan tidak sedar apabila diketuk pada cermin kenderaan.

"Anggota meneruskan operasi dengan mengumpil tingkap di bahagian pemandu dan membuka dengan menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Mohd Saiful Haniff berkata, anggota bomba mengambil masa tujuh minit untuk membuka pintu sebelum mengejutkan mangsa dari tidur.

Katanya, mangsa berada dalam keadaan selamat telah diserahkan kepada ibunya dan operasi ditamatkan pada jam 6.48 petang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut pecahkan aje tingkap tu
Tensen tul aku org tinggal2 kan anak dlm kereta
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:59 PM | Show all posts
Difahamkan kanak-kanak berusia enam tahun itu ditinggalkan sendirian bermain telefon bimbit dalam kenderaan jenis Toyota Hilux ketika ibunya keluar untuk membeli barang di kedai berhampiran.

Namun ketika ibunya kembali ke kereta, dia mendapati anaknya sedang nyenyak tidur dalam keadaan kereta berkunci dengan enjin dan penghawa dingin masih hidup.

----------------

wow , semoga ibanya ni belajar daripada kes kes terdahulu dan semoga bebetul belajar

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Husnuzon sbb zmn ni budak under 12 thn xleh masuk kedai.. nak tinggal kat umah, xde sapa jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok aku nak tau, kes2 mcm ni kenapa ye org slalu nye tak pecahkan tingkap je? Kenapa nak tunggu bomba gak? Mahal sgt ke tingkap tu pun?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 1-8-2021 10:15 PM
Ok aku nak tau, kes2 mcm ni kenapa ye org slalu nye tak pecahkan tingkap je? Kenapa nak tunggu bomba ...

Mak dia x nak lah tu

Kalau aku
Aku pecahkan je
Drpd nak tunggu abam bomba dtg
Malu lagi sbb semua org tau aku cuai tinggal anak dlm kereta dengan aircond on enjin on
Baik aku settle sesorang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bdk klu adoi mmg xbgn.. Dulu sblh kdai aku jd gini.. Mak gi bazar rmdhan, ank tdo lam keta terlock.. Jenuh kita jerit, goyang2 keta mcm dh dibadai ombak.. Haram xbgn.. Last2 bkk guna dawai.. Dia bgun dok blur mamai
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 1-8-2021 10:15 PM
Ok aku nak tau, kes2 mcm ni kenapa ye org slalu nye tak pecahkan tingkap je? Kenapa nak tunggu bomba ...

Itulah, i pun selalu tertanya-tanya jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 10:57 PM | Show all posts
Jadikan pengajaran dlm hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 11:13 PM | Show all posts
fefeeling replied at 1-8-2021 10:15 PM
Ok aku nak tau, kes2 mcm ni kenapa ye org slalu nye tak pecahkan tingkap je? Kenapa nak tunggu bomba ...

biasa la.. kereta lagi berharga dari nyawa anak..
anak mampus boleh buat lagi..
buat anak tak payah keluar duit..
kereta rosak kena keluar duit..
dah la kena bayar tiap bulan..
mau tak berkira..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2021 11:14 PM | Show all posts
utk kes mcm ni
bomba cuba cungkil
bukannya pecahkan cermin
selagi owner tak benarkan

ada sebab owner tak benarkan
pasal kos
ada owner berkira
pentingkan nilai cermin
berbanding nyawa anak yg terperangkap dlm kereta

kos cermin (secara purata)
Perodua RM600-RM1200
Proton RM600-RM2000
Honda RM1000-RM4000

yg Hilux ni cermin dia RM2000
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ni sume sbb sop bodoh budak bwh 12 thun xboleh masuk premis. takpe kene culik dgn org, takpe budak2 mampus dekat rumah asal jgn kene covid

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 11:27 PM | Show all posts
Takde law ke yg kasi saman balik mak bapak bodo camni sebab negligence...???
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 11:31 PM | Show all posts
Macam dah biasa je tinggal anak dalam kereta ? confident sangat walaupun rasa anak dah besar tak cakna ke kes sebelum2 ni ? ambil la inisiatif bawak kunci spare letak dalam beg. menyusahkan bomba je
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
redapple10 replied at 1-8-2021 10:12 PM
Husnuzon sbb zmn ni budak under 12 thn xleh masuk kedai.. nak tinggal kat umah, xde sapa jaga..

iols pun rasa mcm tu. mana ada nak tinggal saja2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
serupa anak iols la 6 tahun, kalau suruh nap kemain liat. tapi bila masuk kereta, tido terus. bom meletup pun tak bangun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2021 12:04 AM | Show all posts
Ayda89 replied at 1-8-2021 11:31 PM
Macam dah biasa je tinggal anak dalam kereta ? confident sangat walaupun rasa anak dah besar tak cak ...

ni bijak
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
my friend duduk berdua dgn anak autis umur 6 tahun..husband keje jauh..bila nk topup brg dapur mtk tlg hantar umh pengasuh..mujur jumpe pengasuh baik hati...sebelum dpt pengasuh tu mmg kesian gk dia nk ngurus..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 1-8-2021 10:15 PM
Ok aku nak tau, kes2 mcm ni kenapa ye org slalu nye tak pecahkan tingkap je? Kenapa nak tunggu bomba ...

Antara sebabnya

1. Takut / panik serpihan pecahan kaca tu mencederakan budak.

2. Tiada pengalaman teknik pecahkan cermin. Especially perempuan. Bukan kerja mudah pecahkan cermin dgn budak ada kat dalam kete. Orang awam pun tak berani amik risiko pecahkan cermin dgn budak kat dalam. Kecuali budak tu dah nazak.. takde pilihan.

3. Faktor 1 dan 2 combine, option paling selamat panggil bomba. Bomba ada tools buka pintu. Efficient n selamat.

Mungkin ada faktor lain lagi... Tapi duit bukan faktor sangat. Anak dgn cerrmin, anak la lagi penting kan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
anakmak replied at 1-8-2021 10:26 PM
Mak dia x nak lah tu

Kalau aku

Kannnn.. Xpasal2 satu malaya tau ko xreti jaga anak.. Aduyaiii
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.307680 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list