CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 676|Reply: 1

Skuad wanita jalani latihan maya hadapi kelayakan Piala Asia

[Copy link]
Post time 2-8-2021 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyenaraikan 28 pemain untuk menjalani latihan secara maya, sebagai persiapan menghadapi pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita 2022, yang dijadualkan pada 13-25 September di India.

Ketua Jurulatihnya Jacob Joseph berkata, barisan pemain yang terdiri daripada gabungan pemain berpengalaman serta pemain muda, telah memulakan latihan secara maya sejak 12 Julai lalu, di sebalik situasi pandemik Covid-19.

"Memandangkan kes Covid-19 berada di tahap yang membimbangkan, kami belum lagi mendapat kelulusan untuk menjalankan latihan secara berpusat seperti biasa, selain ingin memastikan kesihatan pemain tidak terjejas," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata skuad bola sepak wanita negara tetap mempamerkan komitmen yang tinggi sepanjang latihan secara maya dijalankan.

"Walaupun latihan secara dalam talian ini tidak ideal, namun sehingga kami mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita harus meneruskannya buat sementara waktu," jelasnya.

Beliau berharap kes harian Covid-19 menurun dalam masa terdekat, supaya skuad kendaliannya mendapat kelulusan untuk menjalani latihan secara berpusat menggunakan gelembung sukan bermula bulan ini.

Malaysia diundi bersama Thailand dan Palestin di dalam kumpulan H, pada pusingan kelayakan itu, pada majlis undian yang diadakan pada 24 Jun lalu.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2021 07:05 AM | Show all posts

Aksi pemain bola sepak wanita negara yang menyertai Kejuaraan Wanita AFF 2019. FOTO File NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.437802 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list