CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15467|Reply: 93

[Politik] Ribuan mati tapi Muhyiddin seronok jadi PM - Mahathir

  [Copy link]
Post time 2-8-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ribuan mati tapi Muhyiddin seronok jadi PM - Mahathir

Diterbitkan 47 minit lepas



Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertekad untuk kekal berkuasa dengan apa cara sekali pun meskipun ribuan rakyat Malaysia terkorban akibat Covid-19.

"Ribuan orang mati, tapi dia seronok jadi perdana menteri. Ini perdana menteri macam ini tidak pernah dilihat di Malaysia.

"Kalau Abdullah Badawi dulu, bila orang tegur kerana pemerintahannya kurang baik, dia letak jawatan. Ini orang maki hamun pun tak ada rasa malu, tak tahu malu langsung. Sudahlah jadi perdana menteri melalui pintu belakang. Orang tunjuk pintu keluar dia tak keluar.

"Saya harap negara akan menolak jenis manusia seperti ini daripada agenda politik," kata Mahathir ketika berucap di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pagi tadi.

Bekas perdana menteri itu berdiri bersebelahan Presiden PKR, Anwar, Ibrahim dan ahli Parlimen pembangkang lain termasuk Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Mereka berarak dari Dataran Merdeka menuju ke Dewan Rakyat namun disekat daripada memasuki bangunan parlimen oleh pasukan polis termasuk anggota FRU.

Dalam himpunan itu, ahli-ahli parlimen pembangkang mengulangi desakan agar Muhyiddin meletak jawatan selepas menerima teguran daripada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.

'Kami bukan penjenayah'

Anwar, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini mendakwa Muhyiddin menjadi isu Covid-19 sebagai alasan untuk menghalang parlimen bersidang.

"Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana ahli-ahli Parlimen tidak boleh pergi ke parlimen. Kita lihat ramai polis jaga, kita bukan penjenayah tak payahlah (jaga).

"Jadi saya bersama-sama dengan parti pembangkang yang lain di sini, saya sokong pendirian, iaitu kita patut adakan persidangan hari ini untuk bincang berkenaan darurat, seperti yang dijadualkan.

"Jadi saya harap, rakyat faham kenapa kita buat kejadian ini," kata Mahathir yang sebelum ini enggan menetapkan tarikh penyerahan kuasa kepada Anwar sehingga mencetuskan peristiwa yang menyebabkan Muhyiddin mengambil alih jawatan perdana menteri.


Mahathir mendakwa tindakan Muhyiddin menyebabkan keadaan negara ini menjadi tidak menentu apabila menamatkan ordinan darurat tanpa memaklumkan kepada Istana Negara.

"Tetapi ini (ordinan darurat) belum dikemukakan ke parlimen (telah) dibawa ke Raja.

"Jika tidak ada upaya sedikit pun untuk mengikuti peraturan, maka kami tidak lagi diperintah menurut undang-undang.

"Apa jenis kerajaan ini, yang merosakkan negara kita," kata pemimpin berusia 96 tahun itu yang memimpin Malaysia dua kali dari 1981 hingga 2003 dan sekali lagi dari Mei 2018 hingga Februari 2020.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih dgn msia skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kelakar........ selama 22 tahun..xde ke orng mati...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahathir naik je terus covid semua ghaib ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:05 PM | Show all posts
Zaman dia dulu, hari2 org berarak berdemo, siap dpt gelaran MahaZalim, Maha Firaun... tak resign jugak, Atuk dah lupa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni demo baju putih ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 2-8-2021 05:11 PM
Babai replied at 2-8-2021 05:03 PM
Mahathir naik je terus covid semua ghaib ke?


tak..Mahathir naik jd pm tuk kali ke-2(pm7 Msia)...pada tahun 'wawasan 2020'...covid pon mai...tak tau la kenapa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pm yahudi pon x seyahudi pangai Mahiaddin..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai atok..dulu atok pnh berjuang sama2 abah smpi jatuh jibby. Apalagi atok nak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
djzara81 replied at 2-8-2021 05:11 PM
Alahai atok..dulu atok pnh berjuang sama2 abah smpi jatuh jibby. Apalagi atok nak?

jadi PM...kot.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye btul varian delta ni mmg kuat rmai yg mninggal sbb variant ni..tpi kilang msih bukak..nk tggu capai herd imminity ni brapa rmai yg jdi mgsa n,korban..malah yg rmai pkerja positif pon,kilang msih beroperasi n ade yg gi keje gak..dh buat aduan tpi xde langsung tindakan..dri situ pon dh nmpk kelemahan..so rakyat akn trus brkorbam nyawa utk kite dptkan herd immunity.malah akn trus korbankan nyawak gak even ko dh dpt vaksin sbb je yg mninggal lps dpt vaksin sbb variant ni mmg kuat..tpi kerajaan msih bust x tau jer n biarkan frontliners yg hadap sorang..kerajaan pon korbankan frontliners utk jana ekonomi ngara..ksian..n pmbangkang pon mmg selfish bile ko buat mcm ni brkumpul bgai kang ade yg positif yg kesian rakyat gak..n ku x tau napa agong langsung diam je biarpun msia dh truk dlm covid ni..bila isu darurat x perkenan tau plak bunyi ke mmg die langsunggg xde kuasaa nk nasihat kerajaan dlm isu covid ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
klu mcm tu patut almost semua negara2 rakyat meninggal covid, PM / Presiden dorg kena step down. jokowi kena step down 95k,italy 128k. ape esok klu Anwar, Mukhriz naik malaikat maut kawtim ke.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:31 PM | Show all posts
patutnya muhyidin gunakan baki masa yang ada ni untuk hadiawang pula tunjuk kebolehan jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa la berhimpun ramai ramai nanti kluster apa pulak yg timbul
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
cucuq replied at 2-8-2021 05:16 PM
Ye btul varian delta ni mmg kuat rmai yg mninggal sbb variant ni..tpi kilang msih bukak..nk tggu cap ...

Marah pembangkang sbb kumpul ramai2..bistu mp2 kjaan yg bekumpul kt rumah pm mlm khamis lepas tu takpe pulak?ya lah mcm mana rakyat nak marah sbb gambar dorg bkumpul rmai2 tu xde kluar dlm berita..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cucuq replied at 2-8-2021 05:16 PM
Ye btul varian delta ni mmg kuat rmai yg mninggal sbb variant ni..tpi kilang msih bukak..nk tggu cap ...

Selagi yang belum meninggal tu immediate family members depa, buka jelah kilang tuuuuu. Oh lupa, mana ada kayangan kerja dekat line2 kilang busuk peluh bagai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2021 05:58 PM | Show all posts
djzara81 replied at 2-8-2021 05:11 PM
Alahai atok..dulu atok pnh berjuang sama2 abah smpi jatuh jibby. Apalagi atok nak?

tu bukti atok tak pilih kroni. sebaliknya berpegang pada kebenaran. masa najib sokong kebenaran. atok bersama najib. bila najib start songlap duit dan mempertahankan penyelewengan 1mdb. atok tinggalkan najib dan bersama mereka yang menolak penyelewengan 1mdb.

apa pun korang nak tuduh dia tapi itulah atok. dia tetap berjuang dengan perkara yang beliau yakini sebagai kebaikan dan kebenaran. kalau tidak puas hati. boleh debat/diskusi/ bahas dengan beliau berkenaan perkara tersebut.

Bila dah xboleh berhujah. uol boleh cakap belakang-belakang. atuk berjuang untuk melawan islam macam pas selalu buat. ataupun atuk berjuang untuk naikkan mukhriz sebagai pm macam najib selalu cakap. tapi hakikatnya 2 2 xbetul.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 2-8-2021 05:58 PM
tu bukti atok tak pilih kroni. sebaliknya berpegang pada kebenaran. masa najib sokong kebenaran. a ...

canna ko benar2 pasti tak betul??!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah tgk muka2 kat atas tu.. Terutama sabu gone end sadiq.. Pungpang je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 2-8-2021 06:36 PM
Menyampah tgk muka2 kat atas tu.. Terutama sabu gone end sadiq.. Pungpang je lebih


Mat Sabu aku caya la..boleh guling atas jalan ke???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.109384 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list