View: 2701|Reply: 7
|
[Dunia]
Varian Delta. Jutaan penduduk China kembali diarah berkurung di rumah mulai hari
[Copy link]
|
|
Rakyat China kembali duduk di rumah angkara varian Delta
AFP
Beijing: Jutaan penduduk China kembali berkurung di rumah hari ini, selepas negara itu mengesan jangkitan besar-besaran Covid-19 bulan ini.
Saringan kesihatan besar-besaran turut dilakukan selain aktiviti perjalanan mula disekat.
China hari ini mengesan 55 kes jangkitan baharu ketika varian Delta dikesan sudah merebak ke lebih 20 bandar dan berpuluh wilayah.
Kerajaan tempatan di bandar utama termasuk Beijing kini sedang menyaring jutaan penduduk, malah mengawal kawasan perumahan serta meletakkan kontak rapat di bawah tempoh kuarantin.
Bandar Zhuzhou di wilayah Hunan pula mengarahkan 1.2 juta penduduk mereka berada di rumah dengan perintah berkurung yang tegas dalam tempoh tiga hari dengan ujian saringan serta vaksinasi.
"Keadaan masih suram dan sukar," kata kerajaan Zhuzhou.
Beijing sebelum ini melakar kejayaan dengan menjadikan negara itu sifar kes, selepas kali pertama virus itu dikesan di Wuhan pada lewat 2019.
Namun, kes jangkitan baharu dipercayai berkaitan kluster di Nanjing di mana sembilan tukang cuci di lapangan terbang antarabangsa diuji positif pada 20 Julai lalu, menjadikan sebanyak 360 kes tempatan dilaporkan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
Destinasi pelancongan Zhangjiajie berhampiran Zhuzhou menjadi lokasi jangkitan bulan lalu apabila virus itu dibawa dan tersebar ke seluruh negara.
Zhangjiajie kemudiannya meletakkan 1.5 juta penduduknya berkurung pada Jumaat lalu dan pihak berkuasa kini sedang mengesan mereka yang melakukan perjalanan dari Nanjing atau Zhangjiajie, malah mengarahkan orang ramai tidak ke lokasi penemuan kes itu.
Susulan perkembangan itu, Beijing sudah menyekat pelancong masuk ke ibu negara itu ketika percutian musim panas dan hanya membenarkan 'tetamu penting' yang diuji negatif dibenarkan masuk.
Pegawai tertinggi semalam juga sudah menyeru rakyat supaya tidak meninggalkan Beijing sekiranya tiada urusan penting.
Di Changping pula, seramai 41,000 orang diperintahkan berkurung di sembilan perumahan komuniti, minggu lalu.
Malah hari ini, kes baharu juga dilaporkan di lokasi pelancongan popular di Hainan termasuklah kawasan yang terkesan dengan banjir buruk, Henan.
Disiarkan pada: Ogos 2, 2021 @ 4:37pm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Geram mikior kadang2 tu tau. Dari mana mula2 virus ni dijumpai |
|
|
|
|
|
|
|
Aku benci baca perkataan china ni..berapi je rasa… |
|
|
|
|
|
|
|
Dari mana dia datang..ke situ juga dia kembali dengan generasi baru
Semoga kembalinya ia ke tanah leluhur asal akan habislah Covid 19 |
|
|
|
|
|
|
|
byk lagi nama2 varian available
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
China laksana sekatan akibat varian Delta menular separuh negara
Ogos 5, 2021 @ 5:37pm
Sebuah kawasan penempatan di Yangzhou dikenakan perintah sekatan berikutan peningkatan kes COVID-19. - Foto AFP
BEIJING: China menguatkuasakan sekatan perjalanan dan pergerakan baharu ketika berlakunya wabak akibat varian Delta, yang membawa kepada lebih 500 kes bergejala yang merebak di separuh kawasan negara itu.
Ia berikutan kerajaan tetap berpegang kepada langkah pembendungan yang agresif, berbanding bergantung kepada tahap vaksinasi yang tinggi iaitu pada kadar 61 peratus.
Perkhidmatan pengangkutan awam dan teksi dikurangkan di 144 kawasan yang paling teruk di seluruh negara, manakala pegawai mengawal penggunaan perkhidmatan kereta api dan kereta api bawah tanah di Beijing, di mana tiga kes baharu dilaporkan semalam.
Hong Kong menguatkuasakan semula kuarantin kepada pengembara dari tanah besar, walaupun pengecualian dikekalkan kepada wilayah selatan Guandong, jiran kepada bandar kewangan itu.
Pegawai hari ini melaporkan, sebanyak 94 jangkitan tempatan baharu dikesan semalam, termasuk 32 kes tanpa gejala, menambah ancaman COVID-19 yang paling luas di negara itu, sejak patogen kali pertama muncul di Wuhan pada akhir 2019.
Walaupun 61 peratus penduduknya sudah menerima vaksin iaitu salah satu kadar tertinggi di dunia antara negara besar, China tetap berpegang kepada rejim ujian besar-besaran dan sekatan pergerakan bersasar tanpa membezakan bagi mereka yang sudah divaksin.
Walaupun jumlah kes masih terlalu rendah untuk menguji sama ada vaksin buatan China berjaya mencegah penyakit serius dan kematian akibat strain Delta, kerajaan tidak mahu mengambil mengambil risiko yang akan menggoyahkan mereka, dengan pegawai tempatan meminta penduduk untuk bertahan dengan perintah itu.
"Vaksinasi tidak sama dengan memasuki ruang selamat atau membawa azimat.
"Langkah perlindungan kendiri masih tidak boleh dilonggarkan dan vaksinasi tidak boleh menggantikan langkah membendung. Mari bertahan sehingga kita mencapai kemenangan terakhir menentang wabak ini," kata timbalan pengarah pasukan petugas respon COVID-19 Beijing, Qi Jinli, semalam.
Pendekatan tanpa kompromi China itu semakin luar biasa berikutan ekonomi barat utama bergantung kepada vaksinasi bagi memastikan kadar kemasukan ke hospital dan kematian rendah ketika peningkatan semula kes, malah tempat lain yang berjaya mengawal wabak itu seperti Singapura, memaklumkan yang negara itu akan merawat COVID-19 sebagai sebagai endemik. - AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|