View: 4233|Reply: 28
|
[Tempatan]
Perlis, Labuan Dan Sarawak Akan Beralih Ke Fasa 3 PPN Mulai 4 Ogos
[Copy link]
|
|
Perlis, Labuan Dan Sarawak Akan Beralih Ke Fasa 3 PPN Mulai 4 Ogos Ini – PM Muhyiddin
August 2, 2021
Liyana
Setelah peralihan 8 negeri ke fasa kedua di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), kini Perlis, Sarawak dan Labuan tampil selaku kawasan terawal yang beralih ke fasa ketiga.
Perkara itu telah dipersetujui sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada hari ini (2 Ogos). Penguatkuasaan tersebut akan dilaksanakan mulai 4 Ogos ini.
Persetujuan peralihan ini telah diteliti apabila sesebuah negeri memenuhi nilai ambang kes harian, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) yang mencukupi dan liputan vaksin lengkap telah melebihi 40%.
Untuk makluman, bagi fasa 3, semua aktiviti ekonomi adalah dibenarkan beroperasi KECUALI aktiviti yang berisiko tinggi dan disenaraikan dalam senarai negatif seperti:
Spa
Pedicure & Manicure
Pub & Kelab Malam
Aktiviti sosial
Sementara itu kebenaran lain yang turut diberikan kepada orang awam adalah, orang awam BOLEH:
Melaksanakan perjalanan rentas daerah sepanjang fasa 3 manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan
Dine-in di restoran dibenarkan terhad kepada 2 orang satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal
Bagi pengangkutan awam seperti teksi dan perkhidmatan e-hailing termasuk kenderaan persendirian, jumlah kapasiti ditingkatkan kepada 3 orang termasuk pemandu
Pasar-pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu juga dibenarkan beroperasi mengikut SOP semasa
Salon kecantikan turut dibenarkan beroperasi ketika di fasa 3 dengan mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan
Pembukaan sektor pendidikan termasuk sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran tertakluk kepada Takwim KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta penilaian risiko semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Kelonggaran diberi kepada orang awam untuk menerima tetamu atau pelawat di kediaman, dengan had 10 orang dalam satu masa
Industri kreatif dibenarkan beroperasi, tetapi tanpa penonton
Aktiviti pelancongan adalah dibenarkan dengan syarat pelancongan dalam negeri sahaja. Pembukaan tarikan pelancong masih tertakluk kepada penilaian risiko semasa dan SOP yang ketat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak rasa terlalu cepat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Yes! Nursery dah boleh buka |
|
|
|
|
|
|
|
gila la..perlis duk swing la ni...nk tukaw fasa 3...naek p bulan boleh la |
|
|
|
|
|
|
|
Perlis redzone oiii
Apooooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Swak tu aku nengok turun..naik jer.....'beraninya' dorang...atau 'kegelojohan' nak buat PRN??? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 2-8-2021 09:08 PM
Swak tu aku nengok turun..naik jer.....'beraninya' dorang...atau 'kegelojohan' nak buat PRN???{:1_55 ...
Tahnyaaaaaaa...x nyempat2..kna tggu jgk nxt year tuk PRN tuuu arrr..apo! |
|
|
|
|
|
|
|
411 hr ni kes kt srwk
Agk2 lh
|
|
|
|
|
|
|
|
gomen nak jaga kemaluan,.
haritu plannya bulan Ogos negara masuk fasa 2, kes bawah 4000, tgk2 jadi belas2 ribu. dah masuk ogos kena la cari negeri yg kes rendah untuk masuk fasa berikut...at least ada progress katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
oyehhh..dh boleh berjimba |
|
|
|
|
|
|
|
kena bukak dah... lagi teruk ekonomi nanti.. hiduplah kita dengan covid ni.. jaga diri.. tingkatkan imunisasi |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut sedap tekak dia je.. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 2-8-2021 09:35 PM
411 hr ni kes kt srwk
Kes kt srwk mmg tggi, tp kbnykkan categori 1 & 2 sahaja lately.
Kes icu only 21, intubated only 4 total keseluruhan d srwk setakat hari ni. Dah bbrapa hari takde kes kematian jgk. Kadar vaksinasi tak pyh ckp lah kan. Mungkin sbb ni jgk kes tak teruk sbb vaksin kurgkan gejala teruk covid ni.
But i tgk kadar icu n intubated selangor pn dh kurg ckit. Keep it up. Nak capai 0 kes mmg impossible tp sekurg kurgnya vaksin mbantu. Dah vaksin tu kekalkn lh sop. Good luck semua ! |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah i baru bersembang dengan kawan i
kata kes kes kena turun ke 6000 and then ke 4000
now u see lah jumah kes 5 digit kan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 3-8-2021 12:25 AM
Hebatkan Datuk Seri Azlan Man @Acikgomen
Org peghelih mmg jenis dok rumah ponnnnn
Azlan man boleh lena tak ferlu nak beletiaq wotwit2 |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 2-8-2021 09:08 PM
Swak tu aku nengok turun..naik jer.....'beraninya' dorang...atau 'kegelojohan' nak buat PRN???{:1_55 ...
Srwk msh state of emergency smp Feb 2022 klo xsilap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Utk PRK je...sektor ekonomi bukak.
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 3-8-2021 12:25 AM
tu lah i baru bersembang dengan kawan i
kata kes kes kena turun ke 6000 and then ke 4000
Well sometimes things doesn't always go as planned, it goes 5 digit and hundreds dead |
|
|
|
|
|
|
| |
|