CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 593|Reply: 1

Acara pelayaran ditangguh kerana ketiadaan angin

[Copy link]
Post time 2-8-2021 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Dua pusingan terakhir acara pelayaran International 470 wanita di Olimpik Tokyo 2020 hari ini, membabitkan atlet negara, Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali ditunda ke esok.

Jurulatih Kebangsaan Muhammad Sahir A. Rahim berkata saingan hari ini terpaksa ditangguh berikutan kekurangan kelajuan angin di kawasan pulau di Teluk Sagami itu.

Perlumbaan kesembilan dan ke-10 pada awalnya dijadualkan bermula 12.05 tengah hari waktu tempatan (11.05 pagi waktu Malaysia) di Enoshima Yacht Harbour.

"Pihak penganjur memutuskan untuk menunda perlumbaan sehingga esok sebab angin kurang daripada empat knots dan kondisi angin berubah.

"Sebagai pelayar, kedua-dua atlet ini sudah biasa dengan keadaan begini dan ia sebahagian daripada rutin persediaan," katanya.

Selain dua perlumbaan terakhir kelas 470 International lelaki dan wanita, perlumbaan pingat bagi kelas 49er lelaki dan wanita turut dijadualkan pada hari ini.

Menurut World Sailing, kelajuan angin sekurang-kurangnya enam knots diperlukan untuk memastikan pertandingan yang adil.

Semalam, Nuraisyah dan Juni Karimah menamatkan saingan di tempat ke-20 pada perlumbaan ketujuh, namun gandingan itu tidak bernasib baik pada perlumbaan kelapan apabila kerosakan pada sistem layar "spinnaker" iaitu layar ketiga bot menjejaskan aksi mereka, sekali gus gagal menamatkan perlumbaan.

Selepas lapan perlumbaan, Nuraisyah-Juni kini menduduki tangga ke-20 daripada 21 pelayar secara keseluruhan dengan 130 mata bersih, manakala Hannah Mills-Eilidh McIntyre dari Great Britain mendahului carta dengan catatan 18 mata.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2021 08:36 PM | Show all posts

Aksi Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah pada saingan International 470 wanita temasya Sukan Olimpik 2020 di Enoshima Yacht Harbour.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.058429 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list