CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 945|Reply: 6

India lebur ego Australia

[Copy link]
Post time 2-8-2021 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Pasukan hoki wanita India mencipta kejutan apabila layak kali pertama ke separuh akhir Sukan Olimpik selepas menewaskan Australia 1-0 hari ini.

Gurjit Kaur meledak gol kemenangan pada minit ke-22 menerusi pukulan sudut penalti ketika menentang juara tiga kali itu di Stadium Hoki Oi.

India mempamerkan kekentalan pertahanan bagi menghampakan setiap percubaan Australia yang menduduki ranking kedua dunia.

Mereka akan menentang Argentina pada separuh akhir yang sebelum itu menewaskan Jerman 3-0.

Agustina Albertarrio dan Victoria Granatto menjaringkan gol pada suku kedua untuk Argentina sebelum Valentina Raposo mengesahkan kemenangan dengan jaringan ketiga pada suku keempat.

India yang pasukan hoki lelakinya turut mara ke separuh akhir dan Argentina akan disertai dua lagi pemenang di antara Great Britain menentang Sepanyol dan Belanda menentang New Zealand.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2021 09:13 PM | Show all posts

PEMAIN India meraikan kemenangan manakala pemain Australia tunduk kecewa. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ingatkan si preetpreet.. Hoki wanita ghopenye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2021 09:25 PM | Show all posts
makneng replied at 2-8-2021 09:25 PM
Oh ingatkan si preetpreet.. Hoki wanita ghopenye

aussie ni hoki wanita dan lelaki power...sama la india
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 09:49 PM | Show all posts
Tahniah kepada pasukan wanita hoki India
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 2-8-2021 09:25 PM
aussie ni hoki wanita dan lelaki power...sama la india

Mak nak tgk hoki lelaki india sebab kapten dia kan kawen dgn pompuan meleis... Nak tgk mcm mana punya teruja minah tu.. Since 2020 ye teruja asyik ckp pasal olympic Japan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2021 09:58 PM | Show all posts
makneng replied at 2-8-2021 09:52 PM
Mak nak tgk hoki lelaki india sebab kapten dia kan kawen dgn pompuan meleis... Nak tgk mcm mana pu ...

laki dia sus..mau tak teruja

agak2 anak dia nanti main wakil mana? MAS ke INDIA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.065667 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list