CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 1

Sifan menang acara 5,000m dalam usaha buru tiga emas

[Copy link]
Post time 3-8-2021 06:53 AM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Pelari wanita Belanda, Sifan Hassan menang pingat emas acara 5,000 meter (m) wanita di Tokyo 2020, hari ini, langkah pertamanya untuk merangkul tiga emas dalam larian jarak sederhana.

Sifan, 28, yang dilahirkan di Ethiopia menghasilkan pecutan bertenaga di pusingan terakhir untuk catatan masa 14 minit 36.79 saat.

Juara dunia dua kali dari Kenya, Hellen Obiri merangkul perak dengan catatan 14:38.36s manakala pelari Ethiopia, Gudaf Tsegay menang gangsa dengan masa 14:38.87s.

Usaha memerangkap Sifan yang direncanakan pesaing dari Afrikat Timur seperti Ethiopia dan Kenya tidak berhasil pada ketika perlumbaan berlangsung perlahan sebelum beraksi dengan pecutan bertenaga.

Sifan tiba di Tokyo 2020 bukan saja untuk menang emas acara 5,000m, malah menguasai 1,500m and 10,000m bagi memastikan dominasi bagi acara jarak sederhana.

Dia muncul atlet pertama menjuarai acara 1,500m dan 10,000m berganda di Kejuaraan Dunia di Doha pada 2019.

Acara 5,000m memang menjadi tumpuan apabila disertai atlet ternama Ethiopia iaitu Tsegay, Ejgayehu Taye dan Senbere Teferi serta bintang Kenya, Obiri dan Agnes Tirop, antara 10 pelari terpantas dunia dalam acara berkenaan.

Tetapi, kelajuan bukan masalah kepada Sifan walaupun selepas dia terjatuh ketika acara saringan 1,500m, tetapi sempat bangun semula dan menang saringan itu.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2021 06:54 AM | Show all posts

PELARI Belanda, Sifan Hassan menang pingat emas acara 5,000m wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.071141 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list