CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10382|Reply: 77

[Tempatan] Tiga beranak berjalan kaki tgh panas terik dari Meru ke Sungai Udang, Klang kera

  [Copy link]
Post time 3-8-2021 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Xim at 3-8-2021 01:34 PM

PETALING JAYA – Tiada pekerjaan dan hilang tempat tinggal disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Itulah dugaan yang terpaksa ditempuh sebuah keluarga dalam keadaan yang mencabar di musim pandemik Covid-19.

Menerusi satu kemas kini di laman Facebook, seorang pengguna bernama Abu Dzar Omar memaklumkan ternampak satu pasangan suami isteri berjalan kaki melintas jambatan di bawah terik sambil membawa dua anak kecil.

“Tadi semasa tengah memandu, ternampak satu keluarga berjalan tengah panas dekat jambatan jadi saya pusing balik dan panggil mereka lalu bertanyakan hendak ke mana.

“Si suami beritahu mereka dalam perjalanan ke Sungai Udang dari Meru, Klang untuk menumpang makan di rumah emak sebelum pergi mencari rumah sewa,” katanya.

Jelasnya, keluarga tersebut pada mulanya menolak tawaran untuk mendapatkan perkhidmatan e-hailing kerana tidak mahu menyusahkan.

Ketika berbual, si suami mula menceritakan tentang dugaan yang dihadapi mereka.

“Saya minta anak-anak serta isterinya duduk dalam kereta sementara kami berbual di luar. Si suami memaklumkan mereka keluar dari rumah sewa dan dia yang bekerja kontrak kini tiada pendapatan sepanjang PKP dikuatkuasakan.

“Saya minta dia bersabar dan sempat menghulurkan sedikit duit belanja selain nasihat agar bekerja dengan baik, rajin dan menjaga solat. Semoga dapat teruskan hidup dan buat modal untuk berniaga,” ujarnya.

Tambah Abu Dzar Omar, sekiranya kita sedang memandu kereta, tolehlah ke kiri dan kanan untuk melihat sekiranya ada hamba Allah SWT yang sedang kesusahan dan mendoakan agar wabak Covid-19 segera berakhir.

Perkongsian itu mendapat lebih daripada 754 komen dan 2,600 perkongsian daripada pengguna Facebook yang rata-rata menyifatkan kejadian itu amat menyentuh hati dan menginsafkan.

“Alhamdulillah, terima kasih Ustaz. Terima kasih kerana membuka mata saya ni. Insya-Allah saya juga akan lebih prihatin selepas ni,” kata Ezarina Yaakub.- K! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hbis....dia hantar tak ke sg udang?.....
Sg udang melaka ke?.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Rmi org susah sejak pkp diperkenalkan. Adalah kerajaan x pnh terpk golongan2 yg mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 3-8-2021 07:22 AM
Hbis....dia hantar tak ke sg udang?.....
Sg udang melaka ke?.....

Entah la.kaka
Kalau tak.silap kat fb dia dah call grab amek depa neh..memula tak.mau juga tu..
Sambil tunggu2 grab tu depa sembang2
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Naik kereta dr klang ni ke melaka pun lama.. Lagi kan pula jalan kaki

Semoga urusan family ni dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 07:32 AM | Show all posts
tinggi juga ilmu dia nak ambil perhatian- agaknya jika ada laut pasti dia berenang satu keluarga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2021 10:00 AM | Show all posts
happeh total lockdown 90%
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian kat anak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga keluarga ini dipermudahkan urusan mereka. Tindakkan suami membawa anak isteri berjalan kaki sejauh itu macam tak bagus tetapi tidaklah sekejam meninggal mereka begitu saja tanpa berita.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak mintak longgarkan lockdown, untuk bantu golongan macam ni la. Bagi peluang dieorang cari rezeki sendiri semula.

Tapi kalau baru sebut je longgarkan lockdown, melompat2 makcik kepam panik, sambil meratib nanti kes naik, tak kesian frontliner, bukan ko sorang je susah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:45 AM | Show all posts
sedihnya .. tp begitu la sepatutnya.  hidup susah dan senang bersama2..
sifat ayah tu melindungi selalu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke nak ke Sg. Udang Melaka sbb kat klang pun Ada Sg. Udang jugak.. seberang sungai Klang.. gambo Tu pun mcm gambo jambatan ke3 klang kt Tanjung Syawal Tu... Meru kat klang utara...Sg udang Tu kat klang selatan.

TT sila rujuk fb ustaz Tu balik. Rasa dia tulis Sungai udang Klang... Bukan yg kat Melaka tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sg udang Klang pun ada kan. Macam tak lojik plk nk bjln dr klang ke sg udang melaka, dan ada singgah rumah mak. Mesti sg udang klang je kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan seingat iols jambatan Tu Masih Di block dgn penghadang batu. Tp nak Naik basikal or jalan2 kt jambatan Tu boleh je.

Tu jd org Meru nak ke sg udang, port Klang kene lalu jambatan yg kt center Klang Tu...tp kat situ Ada polis roadblock.. mmg kene Tanya la kalau bwk budak2 or lebih penumpang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 3-8-2021 07:32 AM
tinggi juga ilmu dia nak ambil perhatian- agaknya jika ada laut pasti dia berenang satu keluarga.

Berkasih lagikan  sanggup meredah lautan api, apalah sangat meredah jln demi kelangsungan hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lunchbox replied at 3-8-2021 10:46 AM
Betul ke nak ke Sg. Udang Melaka sbb kat klang pun Ada Sg. Udang jugak.. seberang sungai Klang.. gam ...


Tu la rasa macam tak berapa logik nak bawa anak anak kecil berjalan kaki dari Klang ke Melaka. Bukan dekat tu. Naik kereta pun kebas montot....

Kalau dari Meru ke Sg Udang Klang, logik la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan cepat sangat rasa simpati. Zaman sekarang ramai penipu yang nak mengambil kesempatan atas kebaikan hati orang ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Meru ke sungai udang Klang laaa..bukan Melaka. Tengok pon bawak beg satu dua je..semoga murah rezeki dan suami dapat kerja bagus
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat fb dah ada sambungan n pembetulan cerita ni ye. Dah dibuat laporan polis pun atas diorg ni, sbb penipuan je susahnya. Tgk gambar rumah maknya, hahaha..besor ye rumah maknya tu...jgn tertipu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
testly replied at 3-8-2021 11:21 AM
Kat fb dah ada sambungan n pembetulan cerita ni ye. Dah dibuat laporan polis pun atas diorg ni, sbb  ...

Share link sis
Zaman skrg ni, ikutkan hati asal nampak aje memang mudah jatuh rasa kesian. Nak2 kalau babitkan anak2. Tapi dah banyak jugak kes hujung2 kantoi menipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.114022 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list