CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 817|Reply: 1

Jun Hoong mampu lakar kejutan

[Copy link]
Post time 3-8-2021 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Aksi ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter platform individu wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 esok, wajib diberi perhatian kerana dijangka mampu memberi kejutan dalam 'menghadiahkan' kilauan pingat kepada kontinjen negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata juara dunia 2017 itu disifatkan sebagai dark horse yang perlu diberi perhatian di samping Pandelela Rinong yang akan turun beraksi pada acara sama esok.

"Dalam pengamatan saya selaku timbalan menteri, kita ada Cheong, Pandelela dan pelumba berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang, mereka semua adalah prospek pemenang pingat. Warna apa itu kita serah pada takdir," katanya kepada pemberita sempena lawatan beliau ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, hari ini.

Di samping itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata Azizulhasni yang bakal turun ke gelanggang dalam acara pecut pada esok, 5 dan 6 Ogos diikuti acara keirin pada 7 dan 8 Ogos berkata pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu meletakkan sendiri penanda aras untuk memenangi emas dalam acara yang diwakilinya

"Jadi dia Alhamdulillah yakin, tenang, dan ini Olimpik keempatnya. Dia akan buat yang terbaik. InsyaAllah kalau tidak ada aral melintang, dia boleh menang pingat emas pertama kita," katanya.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2021 06:38 PM | Show all posts

WAN Ahmad Fayhsal (kanan) juga yakin Azizulhasni akan melakukan yang terbaik. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.636458 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list