CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 773|Reply: 1

Daley pun kait kardigan untuk Jun Hoong

[Copy link]
Post time 4-8-2021 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Bintang terjun Britain, Tom Daley, yang menjadi bahan viral mengait ketika menyaksikan pertandingan pada Sukan Olimpik Tokyo, pernah membuat kardigan untuk penerjun negara Cheong Jun Hoong.

Pada Mei lalu, Daley menghadiahkan kardigan kepada Jun Hoong, yang dianggapnya sebagai sahabat karib.

Dalam satu hantaran di akaun Instagram @madewithlovebytomdaley, dia menunjukkan kardigan berwarna merah jambu yang dihasilkannya untuk Jun Hoong, yang bertanding dalam acara 10 meter platform individu wanita di samping Pandelela Rinong pada Olimpik Tokyo.

"Saya membuat kardigan untuk kawan baik saya Cheong Jun Hoong!" tulis Daley pada 8 Mei lalu.

Jun Hoong turut mengepos gambar dia memakai kardigan itu di samping Daley dalam Instagram.

Dia berterima kasih kepadanya kerana hadiah istimewa jahitan tangan itu, yang dianggapnya "sangat cantik".

Hujung minggu lalu, Daley mencuri tumpuan warganet apabila dia dilihat mengait ketika menyaksikan acara akhir 3m papan anjal wanita.

Gambar dan videonya pantas menjadi viral di media sosial ketika ramai warganet kagum terhadap Daley yang melakukan hobinya ketika pertandingan akhir acara Olimpik.

Difahamkan hobi mengait Daley menjadi "senjata rahsia" buatnya ketika latihan dan bertanding pada Sukan Olimpik.

Penerjun berusia 27 tahun itu memenangi pingat emas Olimpik sulungnya bersama gandingan Matty Lee dalam acara 10m platform seirama pada 26 Julai lalu.

Dia muncul penerjun pertama Britain memenangi tiga pingat Olimpik selepas dua pingat diraihnya sebelum ini, masing-masing satu gangsa di London 2012 dan Rio 2016.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 06:07 PM | Show all posts

DALEY (kiri) sedang mengait manakala gambar kanan kardigan yang dikaitnya untuk Jun Hoong. FOTO Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.209917 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list