CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 1

Azizulhasni, Shah Firdaus bertarung di repechage acara pecut

[Copy link]
Post time 4-8-2021 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Dua wakil berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom tewas di pusingan pertama acara pecut lelaki Tokyo 2020 di Velodrom Izu, hari ini.

Azizulhasni terpaksa akur dengan kehebatan dan pengalaman pelumba Britain, Jason Kenny manakala Shah Firdaus tewas di tangan juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen.

Azizulhasni yang pernah mara sehingga ke suku akhir dalam acara berkenaan di London 2012 dan Shah Firdaus masih berpeluang ke pusingan kedua apabila turun beraksi dalam pusingan repechage, petang ini, yang membabitkan 12 pelumba.

Tiga pelumba akan terbabit dalam setiap perlumbaan peringkat repechage itu dan pemenang mara ke pusingan kedua untuk bersaing dengan pemenang di pusingan pertama.

Pusingan kedua pula membabitkan 16 pelumba yang bersaing dalam lapan saringan dengan pemenang mara ke suku akhir manakala yang kalah berentap di repechage kedua.

Pemenang repechage kedua ini akan turut layak ke suku akhir.

Sebelum itu, kedua-duanya melepasi peringkat kelayakan untuk mara ke pusingan pertama acara pecut lelaki itu.

Azizulhasni mencatat masa 9.626 saat (s) untuk menduduki tempat ke-17 terpantas, manakala Shah Firdaus mencatat masa ke-23 terpantas 9.700s.

Turut mencuri tumpuan dalam kelayakan ialah rekod Olimpik dipecahkan dua pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland dan Harrie Lavreysen selepas masing-masing mencatat masa 9.215s.

Rekod lama dicatatkan jaguh Britain, Jason Kenny 9.551s di Rio 2016, tatkala kali ini dia mencatat masa kelapan terpantas, 9.510s.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 06:10 PM | Show all posts

PELUMBA negara, Datuk Azizulhasni Awang (kiri) tewas kepada pelumba Britain, Jason Kenny di pusingan pertama acara pecut lelaki di Tokyo 2020, hari ini, dan terpaksa bersaing di repechage untuk memburu tempat ke pusingan kedua. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.056516 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list