CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 799|Reply: 2

Azizulhasni, Shah Firdaus layak ke pusingan kedua pecut

[Copy link]
Post time 4-8-2021 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom yang tumpas di pusingan pertama acara pecut lelaki berjaya menempah tempat ke pusingan kedua selepas memenangi saingan repechage.

Azizulhasni yang turun dalam saringan pertama repechage tidak berdepan masalah untuk mengetepikan Kevin Quintero (Colombia) dan Ethan Mitchell (New Zealand).

Di pusingan 16 terbaik itu, dia akan berdepan Nicholas Paul dari Trinidad & Tobago.

Shah Firdaus turut berjaya memadamkan kekecewaan di pusingan pertama dengan mengalahkan Hugo Barrette (Kanada) dan Mateusz Rudyk (Poland) di saringan kedua, sekali gus menentang Jack Carlin dari Britain.

Aksi pusingan kedua pecut lelaki akan berlangsung 6.15 petang ini dengan pemenang akan ke suku akhir manakala yang kalah bersaing dalam saingan repechage.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 06:13 PM | Show all posts

JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom layak ke pusingan kedua acara pecut lelaki di Veledrom Izu, hari ini. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahla.. moga dapat pingat ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.059123 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list