CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 802|Reply: 1

Kelly Tan berkongsi tempat ke-41

[Copy link]
Post time 4-8-2021 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Permulaan agak sederhana buat pemain golf wanita negara, Kelly Tan apabila berada di kedudukan ke-41 daripada 60 pemain di pusingan pertama Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Pusingan pembukaan di Kasumigaseki Country Club itu menyaksikan pemain berusia 27 tahun negara itu menamatkan saingan terbabit dengan berkongsi kedudukan bersama lima pemain menerusi 73 pukulan dua di atas par.

Turut berada di kedudukan terbabit adalah pemain Mexico Maria Fassi, Mel Reid (Great Britain), Maria Torres (Puerto Rico), Celine Boutier (Perancis) dan Mariajo Uribe(Columbia).

Pada sembilan lubang pertama, Kelly melakukan tiga bogey di lubang satu, enam dan lima manakala birdie di lubang 11, 14 dan 15.

Kelly layak beraksi di Tokyo 2020 selepas menduduki ranking ke-42 daripada 60 peserta dalam ranking Olimpik.

Pemain Sweden, Madelene Sagstrom mempamerkan permainan agak baik dengan membenam lima birdie untuk memimpin saingan dengan 66 pukulan lima di bawah par untuk mengatasi pemain Amerika Syarikat (USA), Nelly Korda dengan satu pukulan.

Sementara pemain India Aditi Ashok turut berkongsi kedudukan kedua bersama Nelly apabila turut melakukan 67 pukulan empat di bawah par.

Pusingan kedua acara golf akan berlangsung 7.30 pagi esok waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia).

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 06:14 PM | Show all posts

PEMAIN negara, Kelly Tan menduduki tempat ke-41 selepas pusingan pertama golf individu wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.071239 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list