CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1182|Reply: 5

'Saya dah tak ada kaitan dengan si dia'

[Copy link]
Post time 4-8-2021 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Selepas berdesing namanya dipetik berulang kali, akhirnya pemain bola sepak Perak FC iaitu Azhar Apandi tampil menafikan dirinya kekasih kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri.

Azhar, 22, adalah tonggak pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City) yang dipinjamkan selama semusim kepada skuad The Bos Gaurus itu pada awal musim ini.

Jelasnya, Dhabitah sememangnya adalah kekasihnya namun mereka sudah lama berpisah dan memohon agar semua pihak tidak mengaitkan namanya lagi bersama atlet negara itu.

"Awak-awak (peminat) semua saya dah lame tak ade kena mengena dengan si dia (Dhabitah), 'so pless' laa hormat saya dengan si dia okay.

"Harap korang semua faham okay. Love u guys," katanya di laman story Instagram miliknya dengan tanda pagar #janganupbaranglame, #sembilu, #442 dan #cucuklagihasan.

Sebelum ini, tular di laman sosial temuramah Dhabitah dengan stesen radio tempatan yang menyaksikan penerjun berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu mengakui sudah berpunya.

Lantas, peminat mula mengaitkan kekasih Dhabitah dengan seorang pemain bola sepak profesional dan spekulasi itu dikuatkan pula dengan gambar sambutan hari jadi bersama kekasihnya iaitu Azhar.

Pada Ahad lalu, hasrat Dhabitah untuk membawa pulang pingat pada temasya Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila menduduki tangga keempat pada pertandingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita.

Ini adalah penampilan keduanya di pentas Olimpik selepas menghuni tangga kelima acara 3m papan anjal seirama pada temasya di Rio 2016 selain tangga kesembilan dalam acara 10m platform.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 06:19 PM | Show all posts

DHABITAH (kiri) sebelum ini dikaitkan dengan Azhar yang juga pemain bola sepak Perak FC. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2021 06:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla.. dabitah pegila mendonia..  
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau diaorang pernah bercinta

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2021 06:55 PM | Show all posts
Lengkong replied at 4-8-2021 06:51 PM
Baru tau diaorang pernah bercinta

sama la,haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.066234 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list