CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 780|Reply: 1

Naomi, Sofia, Iga tarik diri di Montreal

[Copy link]
Post time 4-8-2021 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Montreal: Juara empat kali Grand Slam, Naomi Osaka, pemain ranking keempat, Sofia Kenin dan ranking kelapan, Iga Swiatek menarik diri dari Kejohanan WTA Montreal minggu depan, umum Tennis Canada hari ini.

Naomi dari Jepun penyandang juara Terbuka Australia dan Amerika Syarikat (AS) beraksi di Olimpik Tokyo minggu lalu tewas di pusingan ketiga kepada pemenang pingat gangsa, Marketa Vondrousova

Sementara juara Terbuka Perancis 2020 dari Poland, Iga tewas di pusingan kedua Olimpik Tokyo kepada pemain Sepanyol, Paula Badosa.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat beraksi di Montreal tahun ini. Saya harap dapat berjumpa anda semua di Kanada tahun depan." kata Naomi.

Iga pula berkata dia memerlukan rehat selepas turut menarik diri di acara Terbuka AS.

"Bahagian pertama musim ini cukup sengit sehingga saya memerlukan beberapa hari untuk berehat dan bersedia untuk beberapa bulan lagi," katanya.

Sofia, 22, dari AS yang tahun lalu memenangi Terbuka Australia, tersisih kerana kecederaan kaki sejak Wimbledon.

"Ketika keadaan saya bertambah baik, kecederaan kaki ini tidak berada pada tahap diperlukan untuk beraksi di saingan tertinggi. Saya rasa seminggu lagi pemulihan dan latihan kecergasan diperlukan."

Pemain nombor tiga dunia, Aryna Sabalenka dari Belarus menjadi pemain pilihan utama selepas ketiadaan Naomi di kejohanan itu.

"Sudah tentu kami kecewa. Tapi di sebalik penarikan diri mereka, kami masih mengharapkan pemain berkecuali dalam undian." kata pengarah kejohanan, Eugene Lapierre.

Daripada senarai itu antara pemain yang bakal menyertai kejohanan adalah pemain Kanada, Bianca Andreescu dan juara dua kali di Kanada dari Romania, Simona Halep.

Pemain China, Zhang Shuai, Marie Bouzkova (Republik Czech) dan Liudmila Samsonova (Rusia) melangkah ke kelompok undian utama.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 06:26 PM | Show all posts

AKSI pemain sensasi Jepun, Naomi Osaka ketika menyertai Olimpik Tokyo. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053753 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list