CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 1

Pencapaian Azreen cetus semangat kem olahraga

[Copy link]
Post time 4-8-2021 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak mahu duduk diam apabila terus merangka persiapan atlet sebagai persediaan menyertai kejohanan pada masa akan datang.

Presidennya, Datuk SM Muthu berkata, keputusan positif ditampilkan atlet olahraga terutama pelari pecut negara, Azreen Nabila Alias di temasya Olimpik Tokyo 2020 boleh dianggap sebagai 'pembuka jalan' mencipta lebih banyak kejayaan kelak.

Beliau berkata, ketika ini atlet olahraga hanya menjalani latihan di dalam negara saja menerusi penganjuran kejohanan tertutup untuk mereka mengekalkan prestasi di tahap optimum.

Katanya, kebanyakan atlet negara tidak boleh menyertai kejohanan di luar negara pada masa terdekat ini berikutan pandemik Covid-19 yang dilihat semakin membimbangkan.

"Kami cukup berbangga dengan pencapaian Azreen apabila mencatat masa terbaik peribadi selain turut melangkah ke pusingan seterusnya.

"Sudah tentu, KOM merancang menghantar lebih ramai lagi atlet olahraga ke temasya Olimpik akan datang dengan melakukan persiapan lebih rapi lagi selepas ini.

"Selain itu, atlet lompat tinggi Lee Hup Wei walaupun tidak berjaya ke pusingan seterusnya namun semangat dipamerkannya harus dicontohi atlet muda lain sebagai dorongan berusaha lebih keras jika mahu ke pentas Olimpik," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Mengikut rekod, Azreen mempamerkan larian terbaiknya selepas memecahkan rekod peribadi pada aksi pusingan kelayakan 100 meter (m) wanita.

Atlet kelahiran Terengganu itu yang membuat penampilan sulung pada temasya sukan terbesar dunia itu menamatkan saingan kedudukan kedua terpantas di Stadium Olimpik dengan catatan 11.77 saat.

Namun, nasib berbeza buat Hup Wei apabila mengakhiri saingan Olimpik Tokyo 2020 dengan aksi mengecewakan berikutan gagal melepasi ketinggian 2.17m pada pusingan kelayakan.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 07:58 PM | Show all posts

PELARI pecut negara, Azreen Nabila Alias mencatat masa terbaik peribadi, 11.77 saat di temasya Olimpik Tokyo 2020. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.096980 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list