CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 3

Lela berdepan detik cemas sebelum mara

[Copy link]
Post time 4-8-2021 08:02 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Di sebalik melangkah ke pusingan separuh akhir sebenarnya ada cerita yang agak menakutkan berlaku kepada penerjun negara, Pandelela Rinong ketika melakukan terjunan keempat dalam acara 10 meter (m) platform individu wanita di Pusat Akuatik Tokyo sebentar tadi.

Kepala Pandelela hampir terkena platform sekali gus menimbulkan rasa ketakutan kepada Juara Piala Dunia 2021 selain turut menjejaskan pungutan matanya.

Perkara itu dikongsi Setiausaha Kehormat Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Mae Chan yang menyaksikan Pandelela hampir terlepas ke pusingan seterusnya apabila mendapat markah terendah 28.80 mata pada terjunan keempat disebabkan rambutnya terkena platform.

Beliau berkata, walaupun melihat Pandelela tenang namun ketika itu penerjun berkenaan cukup gelisah sebelum berjaya mengawal perasaan dan kekal fokus pada terjunan kelima.

"Lela pada terjunan yang keempat sangat dekat dengan platform sehingga rambutnya terkena pada platform menyebabkan dia hilang fokus.

"Dia memberitahu situasi berkenaan cukup menakutkan dan menyebabkannya mendapat markah rendah," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Pandelela berjaya menempatkan diri dikalangan 18 penerjun terbaik dalam acara berkenaan.

Walaupun satu ketika keadaan agak cemas dengan persaingan sengit antara penerjun namun pujian harus diberikan Pandelela yang berjaya bangkit pada terjunan kelima untuk berada di kedudukan 18.

Pemenang pingat gangsa Olimpik London 2012 itu berjaya mengutip 284.90 mata sekali gus berada pada senarai akhir peserta yang layak ke pusingan 18 terbaik.

Nasib berbeza rakan sepasukannya Cheong Jun Hoong apabila menduduki tangga ke 26 daripada 30 peserta bertanding sekali gus gagal melayakkan diri dalam kelompok 18 terbaik.

Sementara itu, berkaitan kegagalan Jun Hoong ke pusingan seterusnya, Mae berkata penerjun berkenaan tidak mempamerkan prestasinya yang sebenarnya sekali gus gagal ke pusingan seterusnya.

Pada sesi kelayakan itu, China mendominasi kedudukan teratas menerusi Yuxi Chen dan rakannya Hongchan Quan dengan masing-masing mengutip 390.70 dan 364.45 mata.

Tempat ketiga pula milik penerjun dari Amerika Syarikat Delaney Schnell apabila berjaya mengutip 360.75 mata. Pandelela akan meneruskan cabaran di saingan separuh akhir pagi esok.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 08:04 PM | Show all posts

Aksi atlet terjun negara, Pandelela Rinong dalam acara 10 m platform individu wanita di Sukan Olimpik Tokyo. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Diver brazil buat silap last dive. Rezeki pandalela. Go pandalela !
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg nyaris pon

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.072357 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list