CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 837|Reply: 1

Sifan mara ke final 1,500m wanita, kekal buru tiga emas

[Copy link]
Post time 4-8-2021 08:14 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Impian pelari Belanda, Sifan Hassan mencipta rekod menang tiga emas larian jarak sederhana di Sukan Olimpik semakin hampir apabila memenangi peringkat separuh akhir acara 1,500 meter (m) dan mara ke final acara itu, esok.

Sifan yang memenangi emas acara 5,000m di Tokyo 2020, Isnin lalu - dan mampu memenangi acara 10,000m - akan berdepan juara bertahan dari Kenya, Faith Kipyegon bagi kedua-dua acara itu.

Sifan, 28, yang menang acara 1,500m di Kejuaraan Dunia 2019 manakala Faith menang perak - tidak dicabar di separuh akhir hari ini, berbanding pengalaman ngeri terjatuh di saringan pusingan pertama, Isnin lalu sebelum bangun dan memenangi perlumbaan.

Beberapa jam selepas itu, pelari yang pernah dilatih Alberto Salazar itu menang emas 5,000m.

Sama seperti dilakukannya di saringan pusingan pertama, Sifan berada di belakang pelari lain dan mula mengorak langkah apabila pencabar mula keletihan dan ketinggalan.

Dia memintas kelompok pelumba lain ketika garisan lurus di pusingan terakhir dan memintas pelari Britain, Laura Muir untuk mara ke final, esok.

Pada ketika Sifan berlalu pergi selepas kejayaan itu, pelari Uganda, Winnie Nanyondo sempat menari ketika meraikan pencapaian layak ke final.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 08:15 PM | Show all posts

PELARI Belanda, Sifan Hassan memenangi perlumbaan 1,500m wanita, hari ini, untuk layak ke final di Tokyo 2020, esok. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.088479 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list