CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 776|Reply: 2

TotalEnergies lamar Peter Sagan

[Copy link]
Post time 5-8-2021 12:49 AM | Show all posts |Read mode
Paris: Bekas juara dunia tiga kali, Peter Sagan akan menyertai TotalEnergies dengan kontrak perjanjian selama dua tahun musim depan, umum pasukan divisyen dua Perancis itu, hari ini.

Sagan, 31, kali terakhir menang kejuaraan pada 2017 dan bersama Bora-Hansgrohe untuk lima kempen di mana dia turut memenangi dua daripada tujuh jersi hijau kerana pecutannya di Tour de France.

Dia akan menyertai kelab Pro Team, yang mengintai peluang untuk bersaing di Jelajah Dunia. Mereka perlu melengkapkan 38 perlumbaan. Pasukan itu turut disertai oleh dua rakan pelumba dari Bora iaitu Daniel Oss dan Maciej Bodnar.

Sagan, yang dilaporkan memperoleh pendapatan 5 juta Euro (RM25 juta) setahun di Bora akan berkerja sama dengan pengendali Perancis, Jean-Rene Bernaudeau dengan kelab barunya.

"Cabaran baru ini sangat menyeronokkan. Jean-Rene adalah pengurus yang mahu mengubah perkara dalam dunia basikal." kata Sagan.

"Saya berharap dapat membantu pasukan ini mencapai perkara itu dan memenangi sebanyak mungkin perlumbaan dengan jersi baru ini.

"Buat masa ini, saya akan memberi tumpuan untuk impian penghujung musim bersama pasukan sekarang dan saya akan menyertai pasukan baru saya untuk meneruskan kesinambungan itu pada musim sejuk ini," tambahnya.

Sagan memenangi 12 peringkat Jelajah, empat di Vuelta a Espana begitu juga Paris-Roubaix dan perlumbaan yang diadakan sehari, Ronde van Vlaanderen.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 12:49 AM | Show all posts

Jaguh lumba basikal dari Slovakia, Peter Sagan. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 04:20 PM | Show all posts
kutip kacang admin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.066882 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list