CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 802|Reply: 2

Teruskan berdoa bagi kejayaan Pandelela - Reezal

[Copy link]
Post time 5-8-2021 12:51 AM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta rakyat Malaysia agar mendoakan kejayaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang bakal beraksi pada peringkat separuh akhir 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik Tokyo, esok.

Reezal Merican yang bersyukur atas pencapaian Pandelela melayakkan diri ke separuh akhir selepas menghuni tangga ke-18 dalam pusingan awal hari ini, berharap agar atlet dari Sarawak itu juga mampu membuat kemunculan di akhir juga akan berlangsung esok.

"Doakan terbaik agar Pandelela dapat capai keputusan terbaik untuk negara esok," katanya dalam satu video dikongsi kepada media hari ini.

Pandelela Rinong berdepan detik cemas, apabila menjadi penerjun terakhir layak ke separuh akhir manakala seorang lagi penerjun negara Cheong Jun Hoong, terlepas peluang ke peringkat seterusnya selepas menduduki tempat ke-26, susulan prestasi yang kurang konsisten pada terjunan awal.

Pandelela mengumpul 284.90 mata, manakala Jun Hoong pula 251.80 mata.

Beliau yang ketika ini berada di Tokyo bagi menyatakan sokongan kepada atlet negara, sekali lagi mengajak orang ramai untuk memberikan tumpuan kepada Pandelela yang masih membawa cabaran negara, esok.

Bagaimanapun, beliau tidak menganggap persembahan atlet termasuk Jun Hoong sebagai suatu kekurangan, kerana mereka telah melakukan terbaik walaupun berdepan tempoh sukar sebelum ini, termasuk kekurangan aksi kompetitif susulan pandemik Covid-19.

Katanya, situasi itu bukan sahaja melanda atlet negara malah banyak kejutan berlaku dalam temasya Olimpik kali ini, termasuk kegagalan beberapa bintang sukan ternama dunia untuk meraih pingat.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 12:52 AM | Show all posts

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. FOTO File NSTP
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 03:04 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.337453 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list