CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 817|Reply: 1

Nowicki raih emas baling tukul besi

[Copy link]
Post time 5-8-2021 06:49 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Atlet Poland, Wojciech Nowicki menampilkan aksi konsisten untuk membawa pulang pingat emas dalam acara lempar tukul besi di Sukan Olimpik tokyo 2020.

Juara Eropah yang juga pemenang pingat gangsa di Rio 2016 dan pemenang tiga kali pingat gangsa kejohanan dunia berjaya melakukan catatan peribadi terbaik, 82.52m.

Peserta Norway, Eivind Henriksen meraih pingat perak dengan rekod kebangsaan 81.58m manakala juara dunia empat kali dari Poland, Pawel Fajdek meraih pingat gangsa dengan 81.53m.

Dalam perkembangan lain, atlet Uganda, Peruth Chemutai meraih pingat emas dalam acara 3,000m lari berhalangan wanita.

Dia merekodkan 9 minit 01.45 saat di Stadium Olimpik mengatasi Courtney Frerichs dengan jarak 250m untuk menang selesa.

Frerichs meraih pingat perak dengan 9:04.79s manakala gangsa menjadi milik Hyvin Kiyeng dari Kenya dengan 9:05.39s.-AFP

sumber : Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 06:50 AM | Show all posts

Atlet Poland, Wojciech Nowicki dan Pawel Fajdek meraikan kejayaan masing-masing apabila berjaya meraih pingat dalam acara lempar tukul besi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059304 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list