CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 991|Reply: 1

OLIMPIK: Flandy ada misi besar buat Aaron-Wooi Yik

[Copy link]
Post time 5-8-2021 07:00 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Misi ketua jurulatih beregu lelaki negara, Flandy Limpele bersama Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih belum selesai biarpun kedua-dua pemain itu berjaya memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Sabtu lalu.

Jurulatih dari Indonesia itu, berkata fokusnya kini adalah bagi membantu pasangan nombor lapan dunia itu untuk mempersiapkan diri bagi melakar lebih banyak kejayaan sekali gus bergelar jaguh dunia.

"Sudah pasti saya bangga dengan pencapaian mereka. Kedua-duanya bekerja keras dalam latihan untuk persiapan Olimpik Tokyo dan mereka menerima setiap cabaran dalam program latihan yang saya sediakan.

"Sejak saya mengambil alih tugas sebagai jurulatih tahun lalu, saya memang yakin dengan kemampuan mereka.

"Mereka masih muda dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Fokus kini adalah bagi meningkatkan lagi tahap ketahanan, kelajuan dan kekuatan mereka," kata Flandy yang meraih gangsa Sukan Olimpik Athens 2004 bersama pasangannya, Eng Hian ketika bergelar pemain.

Dalam laluan memenangi gangsa di Tokyo, Aaron-Wooi Yik mencipta sensasi apabila menumbangkan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo buat kali pertama dalam lapan pertemuan di suku akhir.

Bagaimanapun, mereka terlepas tiket ke final selepas tewas di tangan beregu China, Liu Jun Hui-Liu Yu Chen di separuh akhir.

Pada penentuan tempat ketiga dan keempat, Aaron-Wooi Yik mengejutkan bekas juara dunia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan bagi meraih gangsa sekali gus menebus kekecewaan tewas di tangan lawan berkenaan ketika aksi peringkat kumpulan.

sumber : BHarian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 07:01 AM | Show all posts

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempamerkan pingat gangsa yang mereka menangi pada temasya Sukan Olimpik 2020 sebaik tiba di KLIA, dua hari lalu. - Foto BERNAMA.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074693 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list