CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 947|Reply: 1

OLIMPIK: Pelayar negara kini fokus Sukan Asia, Paris 2024

[Copy link]
Post time 5-8-2021 07:03 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Skuad pelayaran negara bagi acara 470 international tidak mahu membuang masa apabila kini mengalihkan fokus bagi melakukan persiapan menghadapi Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Olimpik Paris 2024.

Jurulatih kebangsaan, Muhammad Sahir A Rahim, berkata tumpuan kini akan diberikan bagi membentuk kombinasi campuran membabitkan pelayar lelaki dan wanita untuk beraksi pada kedua-dua temasya berkenaan.

"Untuk program akan datang, pihak kejurulatihan sudah merangka program ke arah Sukan Asia 2022 dan program Olimpik 2024 yang mana acara ini (470 international) akan membabitkan atlet campuran selepas berakhir Olimpik Tokyo.

"Jadi, kami akan melakukan sesi pemilihan bagi membentuk kombinasi campuran yang akan membawa cabaran negara nanti.

"Harapan saya, mereka terus komited dan meningkatkan prestasi agar dapat terus memperbaiki lagi peluang bagi memenangi pingat pada kejohanan akan datang," katanya.

Pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, wakil negara dalam acara 470 international wanita, Nuraisyah Jamil-Juni Karimah Noor Jamali menamatkan penampilan pertama mereka di temasya terbesar dunia itu di kedudukan ke-19 keseluruhan daripada 21 pelayar.

Kedua-dua pelayar negara itu menunjukkan prestasi cemerlang pada perlumbaan terakhir, semalam apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-11. Terdahulu, gandingan negara itu menamatkan perlumbaan kesembilan di kedudukan ke-17.

Walaupun gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 teratas untuk mara ke pusingan penentuan pingat, namun Sahir menyifatkan anak didiknya meraih pengalaman berharga sepanjang aksi di Tokyo.

Katanya, prestasi yang ditunjukkan Nuraisyah Juni Karimah dalam perlumbaan terakhir sangat luar biasa apabila mampu memberi saingan kepada kelompok 10 teratas.

"Mereka mengekalkan konsistensi dan fokus kepada perubahan angin serta bijak mengambil peluang. Untuk mendapat tempat ke-11 itu mereka perlu berjuang dengan bijak terutamanya dalam keadaan angin perlahan.

"Secara keseluruhan, banyak aspek positif diraih di sini, memandangkan mereka tiada pendedahan luar negara dan pertandingan dalam negara sepanjang dua tahun ini akibat pandemik COVID-19.

"Berjaya mengatasi pelayar dunia yang kebanyakkan mereka berlatih dan menyertai kejohanan dunia dan eropah sebelum ini menunjukkan, kemampuan atlet berdua ini sangat luar biasa," katanya.

sumber : BHarian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 07:04 AM | Show all posts

Aksi atlet pelayaran negara, Nuraisyah Jamil (kiri) dan Juni Karimah Noor Jamali ketika bersaing dalam dua perlumbaan pusingan terakhir acara pelayaran International 470 wanita pada Sukan Olimpik 2020 di kawasan pulau di Teluk Sagami, Enoshima Yacht Harbour, Jepun, dua hari lalu. - Foto BERNAMA.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.865528 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list