CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1127|Reply: 2

OLIMPIK: 'Paling Seksi' hanya di perkampungan sukan

[Copy link]
Post time 5-8-2021 07:06 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Peminat bintang olahraga Jerman yang dilabelkan sebagai "Atlet Paling Seksi Dunia" menyuarakan rasa tidak puas hati selepas atlet berkenaan semakin lama berada di Perkampungan Sukan Olimpik Tokyo.

Alica Schmidt, yang layak mewakili negaranya dalam acara 4x400m, direhatkan dalam acara itu Sabtu lalu dan dilihat hanya menggunakan media sosial.

Pasukannya melangkah ke final tetapi dibatalkan kerana berlanggar dengan pasukan Jamaica yang menimbulkan spekulasi mengenai kempen pelari berusia 22 tahun itu di Olimpik.

Kehilangan Schmidt daripada kejohanan nyata disedari oleh hampir 3 juta peminatnya di Instagram dan TikTok.

Dia berkongsi cerita pendek kehidupannya di perkampungan sukan dan sentiasa mencipta video Instagram Stories mengenai lapangan olahraga, sorakan dan rakan sepasukan.

Dan ketika ramai yang mengikutinya, ada yang mula meragui apa yang dilakukannya di Tokyo, memandangkan dia masih tidak bertanding.

Dalam satu video hujung minggu lalu, Schmidt menayangkan baju T Jerman dan seluar pendek Adidas dan berkata "apabila anda membuat kemunculan pertama bersama pasukan Olimpik".

Bagaimanapun ada yang tidak memahami.

"Keliru. Apa yang awak buat? Video awak menunjukkan banyak gaya yang amat bagus, tapi saya tidak melihat acara awak di mana-mana," kata seorang di ruangan komen.

"Saya tidak sedar bahawa menjadi 'hot' adalah acara sukan," kata seorang yang lain. - AGENSI

sumber : BHarian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 07:12 AM | Show all posts

Alica Schmidt.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Followers dia dekat IG pun ramai jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.072624 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list