CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 1

Pandelela layak ke final

[Copy link]
Post time 5-8-2021 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong terus menghidupkan peluang untuk memburu pingat di Olimpik Tokyo apabila layak ke final acara 10 meter (m) platform individu wanita, petang ini.

Penerjun berusia 28 tahun itu melakukannya selepas muncul 12 penerjun terbaik daripada 18 yang bertanding pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

Pandelela menduduki tempat ketujuh selepas mengumpul 315.75 mata selepas lima terjunan di Pusat Akuatik Tokyo.

Prestasinya dilihat lebih meyakinkan berbanding aksi pusingan awal semalam apabila menduduki tempat ke-18, kedudukan terakhir untuk layak ke separuh akhir.

Dua penerjun China, Quan Hongchan dan Chen Yuxi terlalu unggul apabila menduduki tempat pertama dan kedua dengan masing-masing mengumpul 415.65 dan 407.75 mata.

Sejak tampil di pentas Olimpik, Pandelela tidak pernah mengecewakan apabila meraih gangsa dalam acara sama di London 2012.

Dia kemudian memenangi pingat perak acara 10m plaftorm seirama bersama Cheong Jun Hoong lima tahun lalu di Rio.Pandelela satu-satunya harapan untuk menghadirkan pingat bagi acara terjun selepas kesemua atlet terjun negara sudah menamatkan kempen mereka di Tokyo.

sumber : Hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 05:36 PM | Show all posts

AKSI Pandelela pada separuh akhir acara 10 meter platform wanita di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.294997 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list