CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 767|Reply: 1

Parchment hampakan Holloway

[Copy link]
Post time 5-8-2021 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Jaguh Jamaica, Hansle Parchment mencipta kejutan apabila menewaskan juara dunia, Grant Holloway untuk memenangi pingat emas 110 meter berpagar di Sukan Olimpik Tokyo.

Parchment, pemenang gangsa di temasya 2012 mencatat 13.04 saat (s) manakala Holloway meraih perak dengan masa 13.09s dan gangsa milik seorang lagi pelari Jamaica, Ronald Levy (13.10s).

Holloway meluru pantas dalam cuaca panas di Stadium Olimpik dan meninggalkan pencabar lain selepas pagar pertama.

Atlet Amerika Syarikat itu mendominasi larian sehingga 60 meter tetapi gagal mengekalkan momentum sehingga membolehkan Parchment memintasnya.

Pelari Jamaica berusia 31 tahun itu tidak membuat sebarang kesilapan di lorong tujuh dengan sempurna melepasi tiga pagar terakhir untuk pingat antarabangsa pertama dalam kariernya. "Perasaan yang sangat hebat," kata Parchment ketika ditanya selepas muncul juara Olimpik.

"Saya bekerja keras selama ini. Sukar dipercayai saya dapat pintas Holloway. Jurulatih mengingatkan saya berlari dengan fokus diri sendiri dan itu yang saya lakukan."

"Saya tak fikir ramai orang menjangkakan kemenangan ini,'' tambahnya lagi.

"Saya mungkin perlu duduk seketika dan menikmati detik ini sambil melihat perlumbaan lain kerana masih ada ruang untuk saya perbaiki teknik larian saya.''

sumber : Hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 05:39 PM | Show all posts

PARCHMENT bergambar selepas tamat perlumbaan. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.100096 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list