CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1016|Reply: 2

'Atuk, kami berjaya' - Crouser

[Copy link]
Post time 5-8-2021 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Pemegang rekod dunia, Ryan Crouser memperbaharui rekod Olimpik miliknya untuk memenangi acara lontar peluru lelaki hari ini.

Jaguh Amerika Syarikat (AS) itu mencatat lontaran 23.30 meter (m) pada percubaan keenam dan terakhir sekali gus rekod baharu Olimpik selepas lima percubaannya melepasi 22.52m ketika meraih emas di temasya Rio 2016.

Rouser berusia 28 tahun mengulangi kedudukan di Rio bersama rakan sepasukan yang juga juara dunia, Joe Kovacs meraih perak dengan catatan 22.65m manakala gangsa milik pencabar dari New Zealand, Tomas Walsh (22.47m).

Crouser yang tewas kepada Kovacs di Kejohanan Dunia 2019 terus mampamerkan prestasi konsisten di Stadium Olimpik dengan mendahului pencabar lain sejak lontaran pertama.

Selepas mengesahkan kemenangan, dia melakukan aksi koboi di depan kamera televisyen dan menayangkan kertas tertera: "Datuk, kami berjaya melakukannya, juara Olimpik 2020.''

Crouser dibesarkan dalam keluarga yang meminati olahraga. Ayahnya, Mitch bertanding di temasya Los Angeles 1984 manakala pakciknya, Brian juara dua kali merejam lembing Olimpik dan sepupunya, Sam mewakili AS dalam acara itu di Rio.

Dia berkata, datuknya Larry memainkan peranan penting dalam meraih kejayaan di Olimpik apabila melatih Crouser sejak zaman kanak-kanak di belakang rumahnya.

Kemenangan Crouser di Tokyo sudah dijangka selepas dia mencipta rekod baharu dunia ketika kejohanan kelayakan AS pada Jun lalu dengan catatan 23.37m.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 05:42 PM | Show all posts

CROUSER meraikan kejayaan meraih emas lontar peluru. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 10:33 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada atlit ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 1.194970 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list