CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1145|Reply: 5

Beasley bangga dengan Azizul, Shah

[Copy link]
Post time 5-8-2021 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Walau apa pun keputusan yang akan dicatatkan dalam acara pecut hari ini, jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley tetap berbangga dengan anak didiknya Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Menurutnya, tumpuan utama memburu kilauan emas di Sukan Olimpik Tokyo adalah dalam acara keirin yang dijadual bermula Sabtu ini di Velodrom Izu.

"Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya begitu berbangga dengan anak buah saya, tidak kira apapun keputusan hari ini, keirin adalah acara yang kami mahu menang di Tokyo," katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Kata Beasley, pecut sentiasa menjadi acara untuk mencari pelarasan terbaik sebelum mengharungi perlumbaan keirin.

"Kita mempunyai pelumba pecut terkecil di dunia dan sukar mencabar mereka yang lebih besar apabila peraturan ketika ini, lebih memihak kepada atlet yang mempunyai saiz fizikal lebih besar.

"Ini kerana beberapa peraturan acara pecut berubah beberapa tahun kebelakangan ini, ia membenarkan atlet lebih besar dan berat memiliki banyak kelebihan kerana gear perlumbaan turut menjadi besar. Ini satu kelebihan buat atlet lebih besar yang pada ketika ini berat badan sekitar lebih 100kg. Ini juga kerana acara pecut semuanya berkisarkan mengenai pecutan, menjadi lebih besar dan berat membantu mereka dalam acara ini apabila gear juga menjadi besar," kata Beasley.

Beliau juga mengakui acara keirin pula berbeza kerana tidak terlalu bergantung ketika melakukan pecutan sendiri, ia lebih kepada kelajuan dan kekuatan serta pelaksanaan taktikal. "Di sinilah kekuatan dimiliki Malaysia. Fasa pecutan kurang di sini kerana kami melakukan perjalanan perlumbaan dari kelajuan 70 ke 80 kilometer per jam (km/j), jadi ia mengambil kelebihan yang dimiliki pelumba lebih berat. Kami berada di sini untuk memenangi keirin dan kami berada di landasan tepat," katanya.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 05:50 PM | Show all posts

AZIZUL berentap dengan Jason Kenny di Velodrom Izu. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat masuk olimpik ni kira hebat dah

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 10:33 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada mereka berdua
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila saiz badan pelumba sangat mempengaruhi kategori sprint. Dulu-dulu penah baca (sori takut silap) yang mana Dato Azizul perlu berkayuh 1.5x untuk menyamai 1x kayuhan rata-rata pelumba Eropah dengan ketinggian 185cm. Fuhh..Apapun tetap bangga dengan the pocket rocket man and the giant killer. Berkali-kali masuk repecharge sampai letih nampaknya. Sabtu cuba terbaik untuk kierin!! Good luck!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jijo dikenal sbb size badan dia.. Bila dia join keirin kelebihan badan kecik utk henjut basikal dlm masa singkat. Atlet badan besar failed bab ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.284851 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list