CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1037|Reply: 4

Usah megah, puas hati dengan gangsa - Zolkples

[Copy link]
Post time 5-8-2021 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Usah terlalu bermegah dan berpuas hati dengan kejayaan meraih pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020.

Demikian ingatan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Beliau berkata, kejayaan meraih gangsa menerusi beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dilihat menyelamatkan BAM kerana jika tidak, skuad badminton negara akan pulang dengan tangan kosong.

"Pada Olimpik kali ini, saya lihat prestasi rata-rata barisan pemain negara tidaklah begitu memberangsangkan. Harapan sebenarnya terarah kepada Zii Jia, tetapi dia terkandas.

"Kemudian Aaron-Wooi Yik tampil di separuh akhir dengan tidak diberikan sebarang tekanan. Mereka mempamerkan semangat juang tinggi ketika lawan (Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan) mungkin sudah tidak bersemangat untuk beraksi.

"Saya difahamkan BAM cukup berpuas hati dengan satu gangsa dimenangi. Tapi gangsa itu sebenarnya bukan disasarkan oleh BAM," katanya.

Zolkples berkata, prestasi Zii Jia mungkin ada kaitan dengan tekanan hebat terus diletakkan kepada jaguh perseorangan negara itu, selepas menjuarai Seluruh England.

Menurutnya, sebelum ini beliau sering mengingatkan supaya tidak terlalu beri tekanan kepada pemain terutama Zii Jia dan BAM harus bijak menguruskan barisan pemain mereka.

Kecuali Aaron-Wooi Yik, prestasi skuad badminton negara pada Tokyo 2020 kali ini sememangnya kurang memberangsangkan selepas semua wakil negara terkandas awal.

Ia berbeza berbanding lima tahun lalu di temasya Rio 2016 apabila skuad badminton negara menyumbang tiga pingat perak.

sumber : Hmetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 06:00 PM | Show all posts

PEMAIN beregu badminton negara, Aaron Chia (kanan) bersama Soh Wooi Yik bergambar bersama pingat gangsa dimenangi di Tokyo 2020 ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Megah tu tak okay. Tapi celebrating the success of Aaron Chia and Soo Wooi Yik is not a crime. How about saying good things about their achievement, how they win and lost, their spirit and how they're fighting back in a beautiful vengeance? Yes, the comments were constructive, hope BAM will find strategies and not rely only on this doubles, Lee Zii Jia for the next 10 years because we also need newcomers soon! And please don't put the burden on Goh Liu Ying. I love her, but don't forget she is currently 31, and how long she can stay in the game? Thank you to all the Malaysian badminton players, we are always proud and support you, no matter what. Proud Malaysian. Come what may.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2021 10:28 PM | Show all posts
Cikrana replied at 5-8-2021 10:24 PM
Megah tu tak okay. Tapi celebrating the success of Aaron Chia and Soo Wooi Yik is not a crime. How a ...

betul..ingat senang nk dpt medal..ye la badminton sentiasa bagi pingat tapi kena ingat negara lain pun dh meningkat permainan mereka bukan mcm dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 5-8-2021 10:28 PM
betul..ingat senang nk dpt medal..ye la badminton sentiasa bagi pingat tapi kena ingat negara lain ...

Ahaaaa iya betul. Tengok Indonesia dengan Anthony Ginting yang menang bronze nampak muda lagi. Gandingan muda + veteran Rahayu dan Greysia Polli dapat emas. Mujur la Ahsan dan Haryanto kalah dgn Malaysia. In syaa Allah kita akan emas juga suatu hari nanti dengan syarat banyakkan pelapis sekarang. Chinese Taipei pun boleh menang gold kalahkan China, dengan single perempuan Tai Tzu Ying pun dapat silver. Kalah di final tapi berderet jaguh dunia tumbang satu-satu dengan dia. Nakkkk sangat celebrate kita menang emas. Go Malaysia! Sayang Malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060289 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list