CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1046|Reply: 4

Pingat acara keirin lebih utama - Azizulhasni

[Copy link]
Post time 5-8-2021 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Demi mencari sebutir pingat buat negara dalam acara keirin di Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang rela melepaskan peluang beraksi di suku akhir pecut individu, sekali gus membolehkannya untuk menyimpan tenaga sebelum turun semula ke Velodrom Izu, lusa.

Menurut Azizulhasni, perancangannya kalau gagal mengalahkan Jeffrey Hoogland dari Belanda di pusingan ketiga, untuk saingan repechage dia tidak akan cuba mencari kemenangan kerana mahu menyimpan tenaga bagi saingan keirin.

"Kalau kita masuk repechage dan menang, kita ke suku ahir dan akan jumpa orang sama semula dan akan lumba dua kali.

"Kalau kalah pula akan masuk pusingan penentuan lima hingga enam," katanya selepas menamatkan perlumbaan, hari ini.

Menurutnya, jika banyak lagi perlumbaan untuk hari ini, dia tidak boleh berehat dan cuba untuk menamatkan saingan agar membolehkannya bangkit dengan baik menjelang saingan keirin.

Katanya, jika diikutkan memang dia boleh memintas (Jason Kenny) yang dilihat penat hari ini, tapi dia cuba untuk tidak memotong kerana tidak mahu ke peringkat seterusnya.

"Kalau kita lihat Kenny pun lepas perlumbaan tadi agak kepenatan, muntah dan sebagainya.

"Pada suku akhir pun dia bergelut untuk menang dengan Harrie Lavreysen. Jadi kita ambil langkah bijak untuk tidak berlumba sebanyak mungkin dalam acara ini kerana peluang menang pingat emas agak sukar untuk acara pecut.

"Bagaimanapun, kita nampak ada kepantasan untuk acara keirin, jadi kenapa tidak ambil langkah proaktif, kita simpan untuk acara keirin kerana di situ kita punya peluang terbaik untuk menang pingat emas.

"Acara pecut ini bukan peluang cerah untuk kita menang medal, tapi kita sudah maklum dulu bahawa akan cuba yang terbaik dan kalau ke peringkat tertinggi, ia adalah bonus," katanya.

Perjuangan Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut individu lelaki Olimpik Tokyo 2020 berakhir selepas tumpas di 1/8 final repechages, hari ini.

Azizulhasni tumbang di tangan Kenny dalam perlumbaan itu yang menumpaskannya bersama wakil tuan rumah, Yuka Wakimoto.

Nasib sama menimpa Shah Firdaus apabila dia dan Sam Webster dari New Zealand menjadi mangsa kehebatan Sebastiem Viegier dari Perancis.

Sebelum itu, Azizulhasni dan Shah Firdaus tumpas dalam aksi pusingan ketiga. Azizulhasni terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Belanda, Jeffery Hoogland, manakala Shah Firdaus tumpas kepada lawan dari negara sama, Harrie Lavreysen.

Mereka akan meneruskan perjuangan dalam acara keirin yang akan bermula di Velodrom Izo, Sabtu ini.

sumber : Hmetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 07:59 PM | Show all posts

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg kalau ikutkn dia lbh power keirin kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2021 08:18 PM | Show all posts
Zack8hunter replied at 5-8-2021 08:16 PM
mmg kalau ikutkn dia lbh power keirin kan

ye..jijo nga shah meme fokus keirin je..pecut tu sampingan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 5-8-2021 07:59 PM
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang. FOTO Bernama

Dapppnyehhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051232 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list