CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1194|Reply: 14

Tiga terjunan sempurna pastikan emas milik Quan

[Copy link]
Post time 5-8-2021 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Penerjun muda China, Quan Hongchan mempamerkan tiga terjunan sempurna 10 markah dalam aksi memukau untuk memenangi pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita Olimpik, hari ini.

Quan, 14 tahun adalah atlet termuda China di Tokyo, menewaskan rakan senegara Chen Yuxi di kedudukan kedua dengan mencatat mata keseluruhan menakjubkan 466.20 mata.

Chen, 15, penyandang juara dunia yang sudah memenangi emas dalam acara 10m seirama, menamatkan saingan dengan perbezaan 39.80 mata.

Atlet Australia, Melissa Wu menduduki tempat ketiga dengan 371.40 mata.

Quan diberikan 10 markah sempurna daripada semua tujuh juri bagi terjunan kedua dan keempatnya. Bagi pusingan kelima, enam juri memberikannya 10 markah dan seorang 9.5 markah, tetapi ia sudah mencukupi untuk memperoleh markah maksimum 96.00 mata.

China memenangi enam daripada tujuh acara terjun yang dijalankan di Tokyo setakat ini selepas merangkul tujuh daripada lapan emas di Rio de Janeiro lima tahun lalu.

Mereka turut layak ke acara akhir, 10m platform lelaki yang dilangsungkan esok.

Jaguh Britain, Tom Daley pastinya akan merencatkan pesta China sekali lagi selepas memenangi emas 10m seirama bersama gandingannya, Matty Lee minggu lalu.

sumber : Hmetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 08:04 PM | Show all posts

Aksi jaguh muda China, Quan Hongchan dalam acara 10m platform individu. FOTO AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 15 tahun dh jadi medalist olympic

Hebat!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tak aci la..patut acara terjun ni kena ikut BMI atau berat badan dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2021 08:18 PM | Show all posts
china ni dh lama amik budak2 je kalu acara terjun

patut MAS kena ikut jua
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada terbaca bdk kecik yg pingat emas tu maknya tgh sakit kanser. Ayahnya petani kt kg. Dia berjanji nk  cari duit utk rawatan emaknya. Moga semua ank2 mampu berjiwa murni mcm bdk kecik pingat emas tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-8-2021 09:04 PM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 5-8-2021 08:54 PM
Ada terbaca bdk kecik yg pingat emas tu maknya tgh sakit kanser. Ayahnya petani kt kg. Dia berjanji  ...

dekat china ni salah satu cara mereka keluar dari kepompong kemiskinan adalah dgn menjadi atlet..sebab tu mereka berlatih bersungguh-sungguh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 09:35 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada atlit daripada negara China dan Australia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Epiknya game tadi. Tiga dives perfect 10 dari 7 orang juri. Seumur hidup saya yang sentiasa tengok Olimpik, Komanwel, Asian games, Sukan SEA, SUKMA ini kali pertama tengok level diver macam ini. Even masa qualification dan semi dia power sangat dah, tapi final td memang out of the world sampai ke MARS dia terjun. Well done!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2021 09:48 PM | Show all posts
takde rezeki pandalela..depa meme terlampau power kali ni..dan pandalela pun banyak wat silap..semoga dpt beraksi lagi next olimpik
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Olympic Rio 2016 masa tu ada Ren Qian. Hebat sangat dah dia masa tu dengan terjunan super duper power siap muda lagi. Masa tu umur dia tak silap baru 16÷17 tahun. Tapi Tokyo 2020 dah tiada dia, dan diganti dengan dengan Quan dan Chen yang berumur 14 dan 15 tahun. Hebatnya China. Bayangkan Ren Qian yang sekarang ini baru berusia 21 tahun telah berganti dengan atlit lain. Tidak sama dengan situasi Malaysia yang masih berharap dengan Pandelela yang telah 3x Olympics, Leong Mun Yee yang 5x Olympics. Negara lain macam Australia pun kekal rely on senior divMelissa Wu yang telah berusia 29 tahun (bronze medal today, 5th in 2016), dan Meaghan Benfeito (13th today and bronze in 2016) Canadian diver yang masih perlu jump untuk negara masing-masing. Harap harap kita jadi China yang tanpa henti menjadi kilang memproses world class divers setiap 2-3 tahun. Ayuh Malaysia!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2021 10:03 PM | Show all posts
Cikrana replied at 5-8-2021 10:01 PM
Olympic Rio 2016 masa tu ada Ren Qian. Hebat sangat dah dia masa tu dengan terjunan super duper powe ...

china sentiasa ada pelapis...negara lain mengharapkan atlet yg sama..pelapis ada mungkin tidak setanding senior atau persatuan tidak berani mengetengahkan mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 5-8-2021 10:03 PM
china sentiasa ada pelapis...negara lain mengharapkan atlet yg sama..pelapis ada mungkin tidak set ...

Iya betul. Tadi dengar commentator cakap Quan mula berlatih 2014 rasanya. 7 tahun lepas dan sekarang dia berumur 14 tahun. 7 tahun usia sangat muda, dan ambil masa 7 tahun jadi gold medalist Olympics. Amazing sangat usaha China ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2021 10:14 PM | Show all posts
Cikrana replied at 5-8-2021 10:10 PM
Iya betul. Tadi dengar commentator cakap Quan mula berlatih 2014 rasanya. 7 tahun lepas dan sekara ...

itulah..kerja keras yg berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 5-8-2021 10:14 PM
itulah..kerja keras yg berbaloi

Ye. Berbanding negara-negara Asia Tenggara, Malaysia memang kilang good divers. Kita banyak pelapis yang ada, cuma mungkin ada satu dua penerjun yang sangat menonjol lalu menenggelamkan bakat lain. Cheong Jun Heong pernah menang Kejuaraan Dunia, Pandelela dengan pingat perak dan gangsa Olimpik. Dan kita perlukan lebih world class divers seperti mereka segera, jika berdasarkan prestasi tadi. Dhabitah versatiles. 10m noleh, 3m boleh dan masih muda. Tapi untuk menjadi seperti Dhabitah atau Pandelela, bakat adik-adik yang berumur bawah 10 tahun perlu dicungkil sekarang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.382220 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list