CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 737|Reply: 2

Impian tercapai, Warner berjaya raih emas

[Copy link]
Post time 7-8-2021 07:46 AM | Show all posts |Read mode

IMPIAN atlet Kanada, Damian Warner sejak kecil untuk bertanding pada Sukan Olimpik seterusnya meraih pingat emas akhirnya tercapai di bumi Tokyo.

Beraksi dalam acara decathlon membabitkan 10 disiplin, Warner, 31, mencipta rekod Sukan Olimpik apabila mengumpul 9,018 mata untuk meraih emas diikuti pemegang rekod dunia dari Perancis, Kevin Mayer (8,726 mata) dan wakil Australia, Ashley Moloney (8,649 mata).

“Situasi ini sememangnya cukup gila. Apatah lagi sejak kecil, saya duduk menyaksikan acara trek dan padang serta Sukan Olimpik Musim Sejuk bersama ibu saya.

“Apabila berada di Gred 6, saya menulis dalam projek sekolah menyatakan impian mahu bertanding di Olimpik dan kini siapa sangka yang impian tersebut kini menjadi kenyataan apabila saya meraih pingat emas Sukan Olimpik.

“Saya masih terasa degupan kemenangan pada bahagian kaki dan paru-paru. Ia seperti seiring dengan perjalanan masa saya sepanjang bersaing pada Sukan Olimpik di Tokyo ini. Bagi saya, momen ini sungguh luar biasa,” katanya.

Dalam penampilannya pada edisi Rio 2016, Warner meraih pingat gangsa selain perak Kejuaraan Dunia 2015 serta gangsa Kejuaraan Dunia 2013 dan 2019.

Pada aksi di Stadium Olimpik itu, Warner menjadikan semangat Rio 2016 sebagai motivasi mempamerkan aksi konsisten selama dua hari acara decathlon berlangsung untuk meraih emas.

“Saya cukup yakin dengan diri sendiri di Tokyo 2020, apatah lagi Rio 2016 ketika menduduki tempat ketiga walaupun gembira di podium, sejujurnya saya kecewa kerana tidak berada di tempat lebih tinggi.

“Pengalaman di Rio telah membentuk saya menjadi lebih baik seperti yang dibuktikan sepanjang dua hari pertandingan. Saya bangga dan gembira dengan diri sendiri, pasukan dan semua orang yang menyokong saya selama ini,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... r-berjaya-raih-emas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2021 07:46 AM | Show all posts

Damian Warner - Foto AFP
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki dia. Sebelum ni dibayangi Eaton jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.418961 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list