View: 7735|Reply: 33
|
Sihir Viral 7 Keturunan: Kakak Tuduh Adik Hantar, Bomoh Pun Naik Sheikh
[Copy link]
|
|
Jika anda perasan tentang tanda pagar sihir viral di Facebook, pasti tahu mengenai kisah sebuah keluarga yang dilanda sihir hingga mengakibatkan dua anaknya terkena sihir sehingga tidak waras dan terlantar tenat.
Ianya dikongsikan sendiri oleh ibu kepada mangsa yang dikenali sebagai Kak Gee meminta pertolongan daripada perawat yang boleh mengubati anaknya. Maka ramai lah yang cuba untuk menolong keluarga ini.
Terdahulu juga, anak sulong Kak Gee meninggal dunia yang turut dikaitkan dengan sihir ini.
Terbaharu, masalah menjadi semakin kronik apabila perawat (bomoh) menyatakan yang anak-anak Kak Gee disihir oleh orang terdekat. Ianya menimbulkan rasa serabut Kak Gee dan beranggapan adiknya sendiri mahu menganiayai dia.
Bagaimanapun, adik Kak Gee, Rohayu Ramli menafikan dakwaan tersebut.
Foto : Fb
Bagi Rohayu, tuduhan tersebut sangat berat kerana menyatakan suaminya yang menghantar sihir kepada keluarga kakaknya. Ini kerana sebelum ini, mangsa pernah menyebut namanya kepada perawat.
Keadaan menjadi semakin kecoh apabila ustaz yang sedang berubat anak Kak Gee telah tertinggal gambar-gambar Rohayu sekeluarga dengan ditusuk jarum. Kenapa begitu?
Foto : FB
Perbalahan menjadi semakin tular dengan beberapa perawat turut membuat lintas langsung menjelaskan situasi tersebut dan menuduh Kak Gee yang sebenarnya cuba menghantar sihir kepada adiknya tetapi berbalik kepada anak-anaknya.
Netizen turut memberi pendapat masing-masing dan semuanya mempunyai hujah tersendiri. Ada yang menghentam Kak Gee, Rohayu dan juga perawat.
Foto : FB
Seram juga mendengar cerita ini ya. Tetapi kita sebagai orang luar, usah lah menjadi batu api, cukup sekadar mendengar sahaja dan membuat rumusan peribadi. Bimbang akan jatuh fitnah pula. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaduhlah korang adik beradik. Tak payah cakap pasal agama lah klu dah main sihir ni |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak berbomoh dan bergaduh pon buat je lah belakang tabir. nampak bangang sgt nak hebahkan kat soc med |
|
|
|
|
|
|
|
Gaduh adik beradik tak berkesudahan, tok moh duit pengerasnya ttp jalan. Last2 tok moh gak yg untung {:nose |
|
|
|
|
|
|
|
tgk jgk sblm viral sbb adik share psl kak gee..pastu masa tgk gmbar she tu..i ckp la bethol ke dia ni..muka dia scary sbb pakai lips merah menyala..i is scare gitu
pastu dh viral aritu tgk adik dia live..
nth la no komen..jdkn pengajaran jer la utk kita.i xside memana..mls nk pening2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau baca komen2 yg kenal dgn kak gee ni...katanya yg kenal tu kenal la kak gee ni camne....so something jgk la ponn |
|
|
|
|
|
|
|
Apa punca sihir menyihir nie....berebut harta ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu memang MCM ni kalau tak tau punca pergi bomoh kata kena buatan orang, MCM kat kampung aku mula MCM tu juga pergi hospital kata ada kanser, dah meninggal pun pesakit tu, bahaya boleh dpt fitnah orang yg kena tuduh |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni semua nk live.. mengumpat kawan.. buat rawatan sihir.. pasni apa tah lagi… |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kelantan, kedah. Negeri yang penduduknya masih ada sebilangan yang perangai sangat low class. Tak caya p kokdiang, sik sana takpun p la bachok or tanah merah sana. Serik betul dengan org mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa suruh berubat dengan bomoh. Padanla muka. Paling x bole percaya sebenarnya orang yang sebut siapa yang buat. Sebab tu kalau betul pandai mengubat, dorang tak sebut pun sapa yang hantar atau buat |
|
|
|
|
|
|
|
haihhhhh
family gaduh pun nak kena public tau keee?
ko nak kitorang buat apa?
jadik hakim?
kang ko sendiri kata jangan masuk campur
haihhhhh entah laa. pandai2 la hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Jolabu replied at 7-8-2021 03:09 PM
Melayu memang MCM ni kalau tak tau punca pergi bomoh kata kena buatan orang, MCM kat kampung aku mul ...
areah pak mertua aku dapat kanser tapi gigih la adikberadik dia n jiran tetangga kata dia kena buatan… di mata dunia nampak kanser tapi sihir… memang aku rasa nak lempang aje… sebab dah siap mula tuduh menuduh… tak pasal2 2-3 minggu terakhir dia penuh dengan drama hubungan yang berantakan… |
|
|
|
|
|
|
|
Jolabu: Melayu memang MCM ni kalau tak tau punca pergi bomoh kata kena buatan orang, MCM kat kampung aku mula MCM tu juga pergi hospital kata ada kanser, dah ...
Itulah tu, sebelum tuduh menuduh, apa kata ko gi spital cek dulu ngn Dr kot2 ada sakit pape kan. Ini tidak, bomoh gak yg ko nak jadikan pakar rujuk. Disebabkan org2 gini la ramai bomoh penipu kt luar sana leh cari makan.
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 7-8-2021 09:17 PM
areah pak mertua aku dapat kanser tapi gigih la adikberadik dia n jiran tetangga kata dia kena bua ...
Tak leh nak brain org yg lebih caya kat tok bomoh dari Dr |
|
|
|
|
|
|
|
ye... siap paksa jumpa bomoh berlakon ustaz merata2... masa tunggu giliran, ada makcik ni siap cerita bomoh tu cakap anak2 dia bomohkan dia sebab harta arwah suami... pastu dia cakap la dah bagi semua kat anak2 tapi tetap anak sambung sihir bila dia dah berubat... pastu aku cakap la, ikit logik takkan anak dah buat sebab dah dapat harta... dia kata bomoh tu cakap anak2 nak buat dia mati... mengucap aku masa tu weih... dah la dengan aku kena paksa berubat tak dapat anak lagi padahal mertua aku tau condition aku dan anak dia...
pastu esoknya kami rush bawak pak mertua pi hospital sebab perut mengeras sangat2 sebab air dah penuh... pastu aku dapat la peluang berdua dengan arwah sebab mak mertua pi solat... aku ajak pak mertua aku pi darussyifa kalau betul dia tak percaya kanser tu... rupanya pak mertua aku taknak jumpa bomoh2 ni n dia cakap lepas ni sila halang orang yang nak bawak dia gi jumpa bomoh... sedih aku tau sebab arwah masa tu dah tak larat sangat nak gaduh sebab tu terpaksa mengikut...
ayah aku bising betul bila tau bawak besan dia pi jumpa bomoh... dia siap call arwah tau... sedih la kalau dikenang balik...
|
|
|
|
|
|
|
|
misuke replied at 7-8-2021 02:43 PM
Kalau baca komen2 yg kenal dgn kak gee ni...katanya yg kenal tu kenal la kak gee ni camne....so some ...
Kan.. Mmg rasa something wrong jugak si kak gee ni. |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 7-8-2021 09:49 PM
ye... siap paksa jumpa bomoh berlakon ustaz merata2... masa tunggu giliran, ada makcik ni siap c ...
Kesian sis kena lalui benda2 gini. Mmg tak mudah nak ubah mentaliti org lelagi bab bomoh ni sbb benda yg dah sebati ngan masyarakat kita sejak dr zaman nenek moyang kan.
Itulah tu, orang kita ni, sume benda nak cadang gi jumpa bomoh, lambat dpt anak, lambat dpt jodoh, lambat naik pangkat, semuala... Kdg2 sampai tepikir dorang ni tak caya qada & qadar gamaknya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|