CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 804|Reply: 2

Perjuangan Shah Firdaus berakhir

[Copy link]
Post time 8-8-2021 11:16 AM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Hasrat pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk layak ke separuh akhir acara keirin tidak kesampaian apabila terkandas di suku akhir hari ini.

Berlangsung di Velodrom Izu, Shah yang beraksi di saringan kedua suku akhir, pada mulanya dilihat mampu memberi saingan namun terpaksa akur apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.

Hanya empat pelumba layak ke separuh akhir.

Namun ia masih lagi aksi terpuji untuk Shah yang tetap meneruskan perlumbaan hari ini selepas terbabit dengan kemalangan apabila dihimpit pelumba Britain, Jack Carlin semalam sehingga menyaksikan perlumbaan saringan kedua terpaksa dimulakan semula.

Dia bangkit mempamerkan kayuhan bertenaga pada perlumbaan repecharge sebelum menamatkan perlumbaan berkenaan di tempat kedua untuk layak ke suku akhir.

Hanya empat pelumba layak ke separuh akhir iaitu Nicholas Paul (Trinidad & Tobago), Jack Carlin (Britain), Jair Tjon En Fa (Suriname) dan Maximilian Levy (Jerman).

sumber : Hmetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2021 11:17 AM | Show all posts

SHAH Firdaus tetap turun beraksi dalam suku akhir keirin sebentar tadi walaupun mengalami kecederaan. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih tp redho dia dh buat terboek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 1.023471 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list