CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 691|Reply: 1

Gol awal bangkit semangat pemain - Nafuzi

[Copy link]
Post time 8-8-2021 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menyifatkan gol awal yang diperolehi pasukannya berjaya menyuntik semangat mereka mencatat kemenangan 2-0 menundukkan pasukan jiran, Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi.

Bekas penyerang Terengganu itu berkata, pujian harus diberikan kepada anak buahnya yang berjaya memperagakan aksi terbaik mengikut perancangan biarpun berada dalam kepenatan berikutan jadual perlawanan padat.

Katanya, kemenangan itu menyaksikan pasukannya terus kekal menghuni di tangga kedua liga dengan berbaki empat perlawanan lagi dalam misi memburu slot ke pentas Piala AFC musim depan.

"Dari awal jelas kelihatan pemain agak keletihan kerana jadual perlawanan yang begitu padat dengan tiga perlawanan dalam tempoh seminggu sekali gus menyebabkan tempoh rehat yang tidak cukup.

"Namun pemain berjaya membuktikannya apabila meraih kemenangan yang cukup berharga bagi memastikan kita terus kekal menghuni di tangga kedua liga.

"Jaringan pertama yang diperolehi lebih memberi keyakinan dan motivasi buat pemain untuk mengekalkan corak permainan terbaik tanpa bolos," katanya selepas tamat perlawanan.

Dalam perlawanan itu, skuad Penyu mendapat gol pertama pada minit ke-12 menerusi rembatan menarik penyerangnya, David Da Silva sebelum bekas pemain Tok Gajah, Faisal Halim 'mematikan' semangat Tok Gajah dengan jaringan kedua pada minit ke-23.

Ketika ditanya mengenai tindakannya mengeluarkan Da Silva seminit selepas menjaringkan gol pertama pasukan, Nafuzi akui pemain kelahiran Brazil itu mengalami kecederaan.

"Sebelum ini dia (Da Silva) ada masalah hamstring, jadi dia rasa tidak selesa, jadi saya tidak mahu mengambil risiko terpaksa mengeluarkannya dengan membawa masuk Hakimi Abdullah.

"Begitu juga dengan kapten, Carli De Murga, kita terpaksa mengeluarkannya untuk mengelak daripada risiko kecederaan lebih teruk, saya percaya kepada semua pemain yang diturunkan," katanya gembira dengan semua prestasi anak buahnya yang bijak menggunakan peluang beraksi di tempat sendiri untuk merakam kemenangan.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2021 05:52 PM | Show all posts

Pengendali TFC, Nafuzi Zain gembira prestasi anak buahnya walaupun dalam keletihan. FOTO Malik Muhamad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055675 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list