View: 3839|Reply: 15
|
Siti Sarah janji nak menyanyi percuma perkahwinan Uqasha
[Copy link]
|
|
UQASHA berkongsi perbualan WhatApps bersama Siti Sarah mengenai perancangan persembahan majlis persandingannya.
‘Untuk awak free, awak adik akak’ – Siti Sarah janji nak menyanyi percuma perkahwinan Uqasha
PETALING JAYA – Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Benarlah kata orang, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
Hujan kedukaan yang melanda seluruh peminat dunia seni hiburan, keluarga dan teman-teman artis atas kehilangan Siti Sarah Raisuddin bukan hanya disebabkan Allahyarham seorang penyanyi popular, bahkan disenangi sebagai seorang insan yang berhati emas buat sesiapa yang dekat dengannya.
Kesayuan dan kepiluan sama turut dirasai pelakon Uqasha Senrose yang sebenarnya merancang untuk meminta Allahyarham menyanyikan sebuah lagu pada hari perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung Jun lalu. Biarpun perancanagn tidak menjadi akibat penundaan majlis, namun hubungan baik dan kemesraan yang ditunjukkan Sarah terhadap Uqasha sungguh bermakna.
Ketika pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu bertanyakan harga bayaran yang dikenakan Siti Sarah untuk sebuah lagu, isteri Shuib bagaimanapun menyatakan kesanggupannya untuk melakukan persembahah secara percuma khas buat Uqasha.
“Salam takziah kepada abang Shuib dan anak-anak. Ya Allah, berita yang sangat mengejutkan, Kak Sarah. Arwah orang yang sangat-sangat baik. Ya Allah, sukarnya untuk saya terima semua ini.
“Kak Sarah janji nak menyanyi untuk majlis perkahwinan saya. Subhanallah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Saya akan merinduimu Kak Sarah. Al-fatihah,” tulisnya dalam hantaran Instagram.
Sebagai perkembangan terkini, jenazah Siti Sarah masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM). Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Pusu, Gombak, Selangor sekitar tengah hari nanti. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
"Rate Nyanyi Free Je Untuk Awak" - Budi Baik Siti Sarah Dibongkar Uqas
Akhirnya, yang akan dikenang adalah amal soleh dan kebaikan mereka yang telah meninggalkan dunia.
Satu demi satu kebaikan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dibongkarkan oleh mereka yang selama ini menyembunyikannya.
Terbaharu, aktres Uqasha Senrose turut memuat naik tangkap layar mesejnya bersama arwah. Perbualan yang dimulakan dengan pujian Sarah terhadap Uqasha kemudiannya kebaikan Sarah yang menghadiahkan tudung kepadanya.
Lebih menyentuh hati apabila Uqasha bertanyakan harga yang dikenakan oleh arwah untuk menyanyi di majlis perkahwinannya nanti dan arwah menyatakan ianya percuma sahaja.
Foto G
"Kak Sarah janji nak menyanyi untuk majlis perkahwinan saya. Subhanallah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Saya akan merinduimu Kak Sarah. Al-fatihah."
Uqasha turut mengucapkan takziah kepada Shuib sekeluarga dengan berita yang mengejutkan.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Pusu, Gombak, Selangor dan benarlah budi baik itu akan dikenang sampai bila-bila. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu2 cerita baik pasal arwah, terbongkar. Pemergian yg dicemburui ramai orang. Semoga syurga tempat abadi buat mu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sangat di senangi & byk kebaikan arwah kita tau skg.
berjuang melawan sakit & melahirkan anak.
semoga syurga tempatmu siti sarah.
|
|
|
|
|
|
|
|
meols masih lagi sedih.. baik betul sheols.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harini seharian I menangis je dari pakai sampai now. Permergian yang dicemburui |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis ape time pkp ni ? 19/6 bile? Thn depan? |
|
|
|
|
|
|
|
Byk ye kebaikkan siti sarah ni. Satu hari ni i rase kesedihan |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga roh arwah kak sarah ditempatkan dikalangan org yg beriman.
sian qasha wedding ditunda time covid ni. bertabahlah ye bakal2 pengantin. btw puncak dani tu lawa jugak and baru ku tahu kewujudannya |
|
|
|
|
|
|
|
Kita bersedih sekejap saja. Lama lama kisah hidup akan jadi kenangan. Dan hidup kita diteruskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Terus aku rasa nak berbaik2 dengan semua orang sementara masih ada masa & kesempatan huwaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ni yg uqasha cakap tak jadi nikah tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Masih lagi mengalir air mata baca,kebaikan siti sarah...Moga ditempatkan bersama org2 beriman... |
|
|
|
|
|
|
|
baik betul... ramai betul orang kata yang baik2.. bagus betul.... syukur sangat. lega soeb |
|
|
|
|
|
|
|
Cumikucingku replied at 9-8-2021 09:09 PM
Majlis ape time pkp ni ? 19/6 bile? Thn depan?
tu mesti conversation before full lockdown.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik nya dia.. byk betol org share conversation2 dia... dan terbukti dia baik.. n generous..
Nak nyanyi free wehhhhhh.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|