CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 765|Reply: 1

Nadal 'tewas' sebelum bertarung

[Copy link]
Post time 11-8-2021 06:55 PM | Show all posts |Read mode
Toronto: Kecederaan kaki kiri memaksa Rafael Nadal menarik diri daripada Toronto Masters ATP semalam manakala pilihan utama Daniil Medvedev mara ke pusingan ketiga.

Nadal yang juga juara lima kali di Kanada menarik diri sebelum aksi pusingan kedua dan akan pulang ke Sepanyol bagi mendapatkan rawatan lanjut susulan kecederaan yang menyebabkan dia tidak dapat menyertai Wimbledon dan Olimpik Tokyo.

"Saya berdepan masalah sama sejak beberapa bulan lalu,'' katanya. "Ia bukan situasi menggembirakan selepas banyak kejayaan dicapai di Kanada.

"Saya perlu kembali ke Mallorca dan berusaha pulih secepat mungkin. Kecederaan ini membuatkan saya tidak dapat nikmati tenis.

"Saya percaya saya tak mungkin dapat bertanding pada tahap saya inginkan kerana kaki ini membataskan pergerakan saya,'' kata Nadal yang menjadi pilihan kedua di kejohanan gelanggang tanah keras itu.

Pilihan utama dari Rusia, Medvedev membuka perlawanan di pusingan kedua selepas mendapat bye namun diberi tentangan sengit oleh pemain Kazakhstan, Alexander Bublik sebelum menang 4-6, 6-3, 6-4.

Pemain Rusia itu kembali bangkit selepas set kedua terhenti akibat hujan.

"Saya gagal beraksi dengan baik sebelum hujan,'' katanya. "Saya tahu perlu bangkit jika mahu menang dan apabila kembali ke gelanggang, permainan saya lebih baik daripada set pertama.''

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2021 07:07 PM | Show all posts

NADAL terpaksa menarik diri akibat kecederaan. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.499379 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list