CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 740|Reply: 1

'Beasley lebih daripada seorang jurulatih'

[Copy link]
Post time 12-8-2021 08:33 AM | Show all posts |Read mode
JAGUH lumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang merakamkan penghargaan kepada jurulatih, John Beasley dan pasukannya yang selama ini bekerja keras membantunya meraih pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pelumba berusia 33 tahun kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, Beasley merupakan watak yang amat penting di sebalik kejayaannya selama ini dan telah banyak berkorban deminya.

“Terima kasih kepada Beasley serta isterinya Vicky Beasley. Walaupun lahir sebagai seorang Mat Salleh Aussie, tetapi jiwa beliau sangat dekat dengan Malaysia. Orang luar tidak dapat bayangkan akan pengorbanan beliau untuk saya dan juga sukan lumba basikal negara kita.

“Teringat zaman muda remaja dahulu, ketika atas kapal terbang Beasley selalu bagi ‘flight meal’ beliau kepada saya dan katanya dia tidak lapar. Saya naif dan percaya bulat-bulat, walhal beliau nak saya tambah berat badan dan makan dengan cukup.

“Beliau sangatlah dihormati di arena lumba basikal antarabangsa, dan juga sentiasa menjadi rebutan negara-negara lain akan tetapi beliau taat dengan Malaysia. Beasley bukan hanya seorang jurulatih kepada saya, tetapi lebih daripada itu,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Selasa.

Azizulhasni yang sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel selepas pulang dari Jepun, turut mengucapkan terima kasih kepada pasukannya, Team Azizul yang sanggup bersama-sama meredah onak dan duri.

Antaranya ialah pengurus pasukan/penyelaras (team manager/coordinator) Izham Mohammad yang berperanan melancarkan banyak urusan belakang tabir, pembantu jurulatih Harnizam Basri, ahli fisioterapi Mollynica Juanis, dan pakar sains sukan Chee Lee Ming.

Juara dunia keirin 2017 itu, tidak melupakan rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Anis Amira Rosidi, yang sentiasa bersama-samanya ketika senang mahupun susah.

“Kami sentiasa ‘push each other’ dalam latihan, manakala di luar latihan pula kami saling membantu sesama sendiri untuk menuju ke puncak. ‘Iron sharpens iron’, untuk menjadi seorang yang bagus, kita perlu di kelilingi oleh orang-orang yang bagus, dan kita kena bersaing sesama sendiri secara positif.

“Untuk membentuk satu legasi yang hebat, kita perlu sama-sama membantu menaikkan orang di sekeliling kita, dan saya tersangatlah anti dengan mentaliti menjatuhkan orang lain dan sikap ‘akulah paling bagus dalam dunia ini’. Saya harap ketiga-tiga nama yang saya sebut ini akan bersama-sama dengan saya di Paris 2024 nanti, tiga tahun lagi,” katanya. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-seorang-jurulatih
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2021 08:34 AM | Show all posts

Azizulhasni dibantu Beasley apabila terjatuh sebelum beraksi dalam saingan pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Velorom Izu pada 5 Ogos lalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068399 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list