View: 1416|Reply: 12
|
"Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi Dan Populariti,"Fedtri Yahya
[Copy link]
|
|
“Hormatilah perkuburan. Kubur bukan tempat mencipta sensasi dan populariti.”
Demikian teguran pengacara dan penyampai radio Ahmad Fedtri Yahya susulan kontroversi melibatkan seorang YouTuber yang memuat naik video melawat tempat pengebumian penyanyi Siti Sarah Raissuddin sebagai kandungan dalam laman YouTubenya semalam.
Kata Fedtri, sebagai umat Islam, kita hendaklah mematuhi dan menjaga adab-adab ketika menziarahi kubur.
Terdapat enam adab yang perlu dititikberatkan ketika melawat tanah perkuburan antaranya disunatkan berwuduk, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
Foto: Kosmo
“Kedua, apabila sampai ke tanah perkuburan, disunatkan memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur dengan iringan doa.
“Ketiga, tidak berbual dengan percakapan kosong yang tidak berfaedah semasa berada di tanah perkuburan,” katanya.
Tambah Fedtri yang juga merupakan penulis lirik, perkara keempat yang perlu dilakukan ketika menziarah kubur adalah diharamkan melakukan perkara khurafat yang menjejaskan akidah.
“Contohnya seperti mencium kubur mengusap-usap tanah dengan harapan semoga memperolehi berkat dan sebagainya.
“Kelima, sunat duduk menghadap ke arah mukanya serta membaca ayat suci al-Quran seperti membaca surah al-Ikhlas atau surah Yasin serta menghadiahkan pahala kepada ahli kubur tersebut.
“Sementara yang terakhir, sunat menghadap kiblat ketika berdoa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat ke atas roh ahli kubur,” jelasnya.
Perkongsian Fedtri mendapat maklum balas daripada pengikutnya yang berterima kasih atas perkongsian dan peringatan indah sebegitu.
Semalam, tular dalam media sosial tindakan seorang YouTuber dikenali sebagar Aisar Khaled yang dikecam kerana menjadikan kematian dan lokasi pengebumian Siti Sarah sebagai kandungan untuk saluran YouTube miliknya.
Selepas beberapa jam video tersebut dikecam netizen, YouTuber berkenaan tampil membuat permohonan maaf menerusi media sosial atas tindakannya yang tidak menjaga sensitiviti keluarga Allahyarham.
Tinjauan terkini bagaimanapun mendapati, video berkenaan sudah pun dipadamkan daripada saluran YouTubenya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
harap aisar babi air buat challenge tido dlm kubo 14 hari pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dpt masuk ke eh. Tak tgk video. Iols nak tgk kubuar ayah tak dpt2 okay. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak kau dah la ibu tunggal. Jaga la sikit kelakuan tu aisar oi jgn bg malu mak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya teguran ni apply juga kat shuib, cukup2 lah mensensasikan cerita kematian isteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa Aisar ni. Aku je ke yang x kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Kelima, sunat duduk menghadap ke arah mukanya serta membaca ayat suci al-Quran seperti membaca surah al-Ikhlas atau surah Yasin serta menghadiahkan pahala kepada ahli kubur tersebut. aku selalu confuse tang point ni.
dulu2 orang kampung selalu bacakan yasin kat kubur, dengan niat pahala untuk si mati,
pastu ada pulak ustaz kata tak boleh, memadai menadah tangan dan berdoa untuk ahli kubur sahaja.
dia macam, ustaz-ustaz ni bercanggah, mana satu nak ikut ntah.
sampai sekarang aku tak tau boleh ke tak baca yasin kat kubur ni
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti akan buat lagi punya.
balik2 modal maaf sampai ajm.
|
|
|
|
|
|
|
|
brsama lg kita dlm segmen 'Gi mampos kecaman,asal ada content' |
|
|
|
|
|
|
|
iols tgk post abangnya membela adiknya sbb lalu kt explore.
Kemain abangnya sombong gila. Rupa dahlah tadok. Ooopppssss. Diorang ni kaya sgt ke ada gambar konon pakai merc. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la.. sengal sgt nak buat challenge bagai sebab nk create stupid content. cuba lah jadi manusia sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cari glemer x sudah2 mamat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
xhbs lg
btw pesanan tu pun blh abg soib ikuti..dah2 la share memacam sblm kena carut ngn acik bwg..bkn awk sorg kematian isteri.i baca ada 70 kes jgk..sehari dua ok la..ada benda kena share..ada benda kena sorok. |
|
|
|
|
|
|
| |
|