CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 708|Reply: 1

Lima atlet para berpotensi menyinar di Tokyo

[Copy link]
Post time 12-8-2021 09:11 PM | Show all posts |Read mode
SERAMAI lima atlet diramal mampu melakar kejayaan yang cemerlang buat negara pada Sukan Paralimpik Tokyo, dijadual berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, mereka adalah dua pemenang pingat emas di Rio 2016 iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly dari olahraga, diikuti Cheah Liek Hou (badminton), S. Suresh (memanah) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).

“Mereka ini berada dalam kedudukan terbaik untuk bersaing dan saya berharap agar atlet ini dapat membuat pencapaian cemerlang untuk negara kita,” katanya pada sidang media secara maya pada Khamis.

Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Pengukuhan Semangat Tim Para Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan upacara penghargaan penaja yang juga dijalankan secara maya.

Muhammad Ziyad (lontar peluru F20); Abdul Latif (lompat jauh T20); dan Bonnie (powerlifting kategori atas 72 kilogram) merupakan pemegang rekod dunia bagi acara masing-masing manakala Cheah adalah juara dunia enam kali dan S. Suresh, juara Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda.

Wan Ahmad Fayhsal juga percaya kontinjen paralimpik negara mampu mencapai sasaran tiga emas seperti dicapai di Rio 2016 seperti diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bulan lepas, untuk temasya kali ini di Jepun.

Sementara itu, Megat D Shahriman berkata, kesemua atlet mampu menyerap tekanan untuk beraksi di temasya berkenaan walaupun ada dalam kalangan mereka tidak dapat beraksi lebih dua tahun bagi saingan kompetitif antarabangsa gara-gara pandemik Covid-19.

Ketua Kontinjen negara ke Sukan Paralimpik Tokyo itu juga berkata, beliau tidak melihat kekurangan aksi kompetitif di peringkat antarabangsa sebagai satu masalah kerana atlet dari negara lain juga berdepan kekangan serupa ketika ini.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan seramai 22 atlet kontinjen negara akan menggalas cabaran dalam pertandingan sembilan jenis sukan dan 32 acara secara keseluruhan. -Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-menyinar-di-Tokyo
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2021 09:12 PM | Show all posts

Wan Ahmad Fayhsal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.066721 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list