CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5101|Reply: 42

[SEJARAH] Jim Jones: Pembunuhan di Jonestown, Guyana

[Copy link]
Post time 12-8-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by AnnaSendin at 13-8-2021 12:21 AM

Thread ini adalah sambungan daripada thread Jim Jones: Penunggang Agama cum Komunis. Siapa yang tertinggal thread tersebut, boleh naiki mesin masa:
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1264743&mobile=2

Setelah Jim Jones memindahkan gerejanya di Redwood Valley, dia pun terfikir bahawa pertubuhannya tidak akan dapat berkembang di situ oleh kerana Redwood Valley ialah kawasan luar bandar. Lalu dia menjadikan San Francisco sebagai ibu pejabat pada 1970 selain membuka cawangan di Los Angeles. Cawangan tersebut memulakan operasi pada tahun 1971 dan 1972. Cawangan di Los Angeles adalah lebih besar daripada cawangan San Francisco kerana di sana, aktiviti pencarian ahli dijalankan selain menjadi 'tempat para pengikutnya berkumpul untuk menaiki bas yang membawa mereka ke sekitar California. Tujuannya adalah untuk mereka menyebarkan ajaran Jones dan mencari ahli baru. Selain daripada itu, Los Angeles mempunyai lebih ramai pengikut berkulit hitam daripada San Francisco.

Dikhabarkan bahawa pertubuhan atau gereja ini tidak melakukan teknik pemaksaan sebaliknya menggunakan cara pengawalan pemikiran dan kelakuan pengikutnya seperti diterapkan kepada penduduk-penduduk di negara komunis. Mereka diyakinkan bahawa cara dan pemikiran yang diajarkan oleh Jones adalah betul dan sesuai untuk mereka. Jones juga menanamkan idea bahawa Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang menyokong dajjal dan negara yang berpaksikan kapitalis (lawan kepada fahaman komunis). Mereka juga didoktrin bahawa Jesus Christ adalah seorang komunis. Dengan layanan teruk yang mereka terima daripada kerajaan, sudah tentulah mereka mempercayai Jones yang dianggap sebagai penyelamat.

Pertubuhan ini mempunyai organisasi yang sistematik terdiri daripada golongan cerdik pandai. Mereka juga bijak mengumpul dana dengan menjual barangan yang dipercayai memberi berkat kepada pemiliknya seperti minyak penyembuh penyakit, rantai kunci termasuk gambar Jones. Mereka mendapat bayaran yang mampu mencecah USD 25,000 sekali sesi daripada pengunjung yang datang ke pertunjukan rawatan penyakit. Dana turut dikumpulkan daripada aktiviti kutipan derma selain pemberian harta benda daripada para pengikut kepada pihak gereja.

People's Temple terus melakukan kerja-kerja kebajikan dengan menjalin hubungan rapat dengan Badan Kebajikan California untuk memperkukuh pengaruh mereka di negeri itu. Ia membantu golongan yang susah seperti orang miskin, penagih dadah, OKU dan gelandangan. Gereja ini memiliki rumah-rumah kebajikan untuk menempatkan golongan yang kurang bernasib baik di California.

Pengaruh Jim Jones dan People's Temple diperkuatkan lagi dengan penglibatan mereka membantu kemenangan George Moscone dalam pemilihan mayor di San Francisco. Sebagai balasan, Moscone telah melantik Jones sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perumahan di San Francisco pada 1975. Pada 1977 pula, Jones telah dianugerahkan Anugerah Kemanusiaan Martin Luther King Jr. pada 1977.

Sedikit demi sedikit cerita-cerita kurang enak tentang Jim Jones dan People's Temple disebarkan. Lester Kinsolving telah membuat beberapa siri laporan tentang kesalahan yang dilakukan oleh Jim Jones ketika mengendalikan gerejanya. Kinsolving mendakwa Jones memperdaya pesakit yang dirawatnya dengan menjanjikan kesembuhan. Jones juga sering mencampakkan Kitab Bible dan menjerit, "Buku hitam ini telah memundurkan kamu semua selama 2000 tahun! Ia tidak berkuasa!" Tetapi siri laporan Kinsolving yang diterbitkan oleh San Francisco Examiner dan Indianapolis Star itu terpaksa dihentikan kerana para pengikut Jones telah mengancam editornya dengan saman fitnah/malu. Para pengikut juga membuat demonstrasi di hadapan pejabat Examiner. Jones juga didakwa dengan salahlaku seksual dan kekerasan terhadap bekas ahli People's Temple. People's Temple juga dituduh menyalahgunakan keistimewaan pengecualian cukai yang memungkinkan mereka disiasat oleh IRS (LHDN cawangan US). Tetapi oleh kerana Jones mendapat sokongan ahli-ahli politik terutamanya Moscone, dia dan gerejanya tidak disiasat. Dia mahu memindahkan para pengikutnya ke satu kawasan yang jauh daripada Amerika Syarikat untuk mengelakkan pelbagai skandal lagi terdedah. Helahnya kepada para pengikutnya bahawa mereka perlu membina satu petempatan baru yang jauh daripada negara kapitalis Amerika Syarikat.

Maka Jim Jones melalui dana gereja telah menyewa sebidang tanah yang luas di Guyana, sebuah negara di benua Amerika Selatan pada tahun 1974. Tanah tersebut didaftarkan sebagai Tanah Pertanian Jonestown. Pada 1977, para pengikut seramai kira-kira 50 orang mula berpindah ke Jonestown, meninggalkan segala harta benda di Amerika Syarikat untuk membina kehidupan dan harapan yang baru. Di sinilah mereka bermimpi akan adanya sebuah kehidupan yang aman, berkasih-sayang tanpa mengira warna kulit, menjalankan ekonomi sara diri dan berhibur ketika waktu malam. Mereka membanting tulang membina rumah, kandang haiwan ternakan, dewan atau dikenali sebagai pavilion, bercucuk tanam, memasang alat jana kuasa elektrik serta melapangkan kawasan. Walaupun terpaksa beroenat lelah, tetapi mereka sabgat gembira sementalah mereka cukup makan dan tiada pergaduhan. Pada masa ini, Jones masih berada di Amerika Syarikat. Dia tiba pada tahun 1978 setelah satu artikel dalam Majalah New West yang ditulis oleh  Marshall Kilduff menyiarkan pertuduhan dan dakwaan yang dilakukan oleh bekas ahli People's Temple.

Kedatangan Jim Jones ke Jonestown telah membuatkan ramai pengikut menjejaki langkahnya. Ditambah pula dengan penerbitan video propaganda oleh Jones yang mempelawa ahli-ahli gereja yang masih berada di Amerika Syarikat untuk tinggal di Jonestown. Pada akhir 1978, Jonestown telah dihuni oleh lebih 900 orang. Jones telah berjaya meyakinkan kerajaan Guyana untuk membekalkan senjata api untuk menjamin keselamatan petempatan baru itu.

Kebanjiran penduduk di Jonestown menyebabkan mereka berhadapan dengan krisis bekalan makanan. Kebanyakan tanaman juga tidak menjadi kerana sebenarnya Jonestown tidak sesuai untuk aktiviti pertanian. Keadaan menjadi semakin melarat apabila hampir setiap malam, Jones akan memberi ceramah melalui pembesar suara dan melaungkan "White Night". White Night ini adalah latihan untuk menguji kesetiaan dan kepatuhan para pengikutnya terhadap arahan. Dan mereka akan diberikan segelas cecair untuk diminum sebagai latihan membunuh diri yang dikenali sebagai 'Revolutionary Suicide'. Para penduduk sendiri tidak tahu adakah cecair itu racun atau air biasa, adakah malam itu mereka mati beramai-ramai atau hanya sekadar latihan. Penduduk di Jonestown juga tidak dibenarkan keluar daripada petempatan mereka kecuali mendapat keizinan daripada Jones. Seorang remaja bernama Vernon Gosney bersama-sama rakannya cuba untuk melarikan diri tetapi telah ditangkap oleh pengawal dan dibawa ke dewan (pavilion). Dia diherdik, dicerca dan dipukul. Lebih menyedihkan, ibunya sendiri menyarankan agar dia dibunuh. Begitulah taksubnya para pengikut terhadap Jones.

Bekas pengikut People's Temple telah membuat aduan kepada ahli kongres bernama Leo Ryan tentang kebimbangan mereka terhadap penduduk di Jonestown. Ryan mengambil pendekatan untuk melawat sendiri Jonestown dengan disertai oleh pembantunya serta beberapa wartawan pada bulan Novernber 1978. Kehadiran delegasi Ryan disambut meriah oleh penduduk Jonestwon. Pada malam itu, mereka mengadakan malam hiburan untuk menunjukkan suasana gembira di petempatan itu. Ryan mengambil kesempatan untuk bertanya sendiri kepada penduduk Jonestown tentang perasaan mereka tinggal di sini. Dalam ucapannya pada majlis itu, Ryan memberitahu kepada para hadirin bahawa terdapat penduduk yang sangat bahagia di sini. Mereka mengatakan Jonestown adalah sesuatu yang terbaik pernah berlaku dalam hidup mereka. Kenyataan itu disertai dengan tepukan gemuruh.

Sesuatu yang mengejutkan Ryan selepas memberikan ucapan yang mana seorang penduduk telah memberi sekeping nota secara sembunyi semasa bersalaman dengan ahli kongres itu. Dia meminta bantuan daripada Ryan untuk keluar dari Jonestown kerana berasa sengsara hidup di situ. Keesokan harinya, Ryan bertemu dan bertanya kepada Jones tentang kesahihan isi kandungan nota itu. Jones berdalih dan menyatakan bahawa dia tidak dapat berbuat apa-apa tentang penipu dan tidak pernah menghalang sesiapa untuk meninggalkan Jonestown.

Dengan itu, Ryan mengumumkan bahawa sesiapa yang mahu pulang ke Amerika Syarikat boleh pulang bersama-samanya dan dia sendiri akan menjamin keselamatan mereka. Terdapat sebahagian kecil penduduk yang segera mengemas barangan untuk kembali ke negara asal mereka. Ada yang berpelukan dengan ahli keluarga kerana mereka akan berpisah. Ada suami yang mahu pulang terpaksa berebut anak dengan isterinya yang masih taksub dengan Jones. Keadaan menjadi bingit apabila Jones merayu agar tidak meninggalkan Jonestown.

Mereka segera bergerak ke Port Kaituma untuk menaiki helikopter. Tanpa disedari, mereka diekori oleh beberapa pengawal Jonestown lengkap bersenjata yang menaiki jentolak. Mereka ditembak sebelum sempat helikopter terbang. Ryan, 3 orang wartawan dan seorang ahli People's Temple mati ditempat kejadian. 9 orang lagi cedera parah.

Di Jonestown, keadaan menjadi kecoh apabila Jones mengumumkan inilah masanya untuk Night White yang sebenar. Dia memaklumkan bahawa para pengawal telah menembak delegasi Ryan dan askar Amerika Syarikat telah bergerak ke petempatan mereka untuk membalas dendam. Seorang penduduk menyatakan bahawa tidakkah mereka akan dibantu oleh pihak Soviet Union. Jones menjawab pihak Soviet tidak cukup masa untuk sampai ke Jonestown. Seorang lagi wanita bangun dan meminta untuk Jones mengecualikan kanak-kanak daripada upacara bunuh diri beramai-ramai ini tetapi dibantah oleh Jones. Ujarnya, dia tidak tahu nasib kanak-kanak itu pada masa akan datang jika mereka dibiarkan hidup dan lebih baik mereka turut serta untuk mati bersama-sama.

Setong cecair cyanide dan valium dibancuh bersama-sama flavour-aid berperisa anggur. Upacara membunuh diri atau revolutionary suicide ini dimulakan dengan golongan bayi dan kanak-kanak, kemudian orang dewasa. Kedengaran tangisan di kawasan pavilion itu. Terdapat juga mereka yang disuntik jika tidak mahu meminum campuran cecair pembunuh. Penduduk yang lari diancam untuk ditembak oleh pengawal. Jadi mereka tiada pilihan lain selain mengikut kata-kata Jones. Seramai 918 orang mati membunuh diri dan dibunuh, termasuk 276 orang kanak-kanak. Mayat mereka berpelukan sesama sendiri. Jones ditemui mati dengan kesan tembakan di pavilion. Tidaklah diketahui samabada dia menembak diri sendiri atau meminta pengawal menembaknya. Link youtube di bawah adalah rakaman sebenar suasana semasa revolutionary suicide dijalankan

Terdapat juga individu yang selamat. 3 anak Jones iaitu Jim jr., Stephan dan Tim yang kebetulan menyertai pertandingan bola keranjang di bandar terselamat apabila membantah arahan bapa mereka untuk pulang ke Jonestown. Ada juga beberapa orang seperti Leslie Wagner dan seorang pengawal Jonestown yang berjaya lari ke hutan dan diselamatkan oleh penduduk tempatan.

Paling mengejutkan setelah kematian mereka, di saat para penduduk Jonestown terpaksa makan secara bercatu dan sederhana, Jim Jones mempunyai berjuta dollar di dalam akaun peribadinya dan makan secara kayangan. Kegilaan Jones untuk memusnahkan diri dan pengikutnya sendiri adalah kerana kesan pengambilan dadah jenis amphetamines yang menyebabkan dia bercakap tidak henti-henti dan mengganggu waktu tidur penduduk Jonestown. Selain itu, dia mengambil dadah jenis barbiturates untuk melegakan tekanan dan membantunya untuk tidur. Sebab itulah dia sering menggunakan cermin mata hitam untuk melindungi matanya yang sensitif kepada cahaya kesan daripada pengambilan amphetamines. Dia juga disahkan mempunyai sejenis penyakit yang tidak dapat dikesan dan tidak boleh diubati. Jones yang melarang para pengikutnya daripada melakukan hubungan seksual di luar nikah sebenarnya mempunyai beberapa orang teman wanita dan lelaki (seorang biseksual). Perkara ini diketahui oleh isterinya dan menyebabkan mereka bergaduh beberapa kali.

Kejadian buruk ini memberi impak kepada penduduk Amerika Syarikat betapa bahayanya ketaksuban terhadap seseorang figura. Kita juga perlu mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku agar menggunakan akal fikiran dan pengalaman agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah sonsang bawaan PENUNGGANG AGAMA.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Omaigod ngerinye tengok gambo last tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2021 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Matchamana replied at 13-8-2021 12:04 AM
Omaigod ngerinye tengok gambo last tu

Mengembik kata orang sini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt…tu gambar revolutionary suicide sebenar ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2021 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnnaSendin at 13-8-2021 12:22 AM
Bunga88 replied at 13-8-2021 12:07 AM
Thanks tt…tu gambar revolutionary suicide sebenar ke?


Welkem. Yes, gambar sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apolah perangai maknya gitu.. Sanggup nak suruh bg anak mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2021 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang tempat ni pun dah jadik hutan balik
Terlalu taksub dengan seseorang pun tak boleh jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2021 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
cucutokwan89 replied at 13-8-2021 12:44 AM
Apolah perangai maknya gitu.. Sanggup nak suruh bg anak mati

Dah terdoktrin gittuew. Memang totok jones.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 13-8-2021 12:50 AM
Sekarang tempat ni pun dah jadik hutan balik
Terlalu taksub dengan seseorang pun tak boleh jugak

Betul. Tade ke kerajaan Guyana nak bangunkan? Tak berani kot kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 13-8-2021 12:53 AM
Betul. Tade ke kerajaan Guyana nak bangunkan? Tak berani kot kan?

Rasanya tak kot.. sejarah tempat tu pun bukan calang2. Sekadar memorial je mungkin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2021 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 13-8-2021 12:59 AM
Rasanya tak kot.. sejarah tempat tu pun bukan calang2. Sekadar memorial je mungkin?

Memorial secoet sajork. Iols tengok docu revisiting jonestown. Sian pompuan tu, famili sheols mati, sheols dengan anak ajer hidup sebab dapat kabur.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 13-8-2021 01:05 AM
Memorial secoet sajork. Iols tengok docu revisiting jonestown. Sian pompuan tu, famili sheols mati ...

Secoet jahh? Sedehhhh
Tengok video time sebelum kejadian koolaid tu pun
memasing riak muka macam dah semacam
nak larik tak dapekkk
haihhhh kesian budak2 dipaksa minum koolaid cyanide
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 13-8-2021 01:19 AM
Secoet jahh? Sedehhhh
Tengok video time sebelum kejadian koolaid tu pun
memasing riak muka macam ...

Ta dapat lari mana2. Iols imajin iols antara penduduk. Haruslah iols berlakon mati sambil menyelit bawah mayat2. Kalau uols canner?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt tq buka thread yg best nie.. Nanti bukak laa lagi thread yg mcm nie..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
iols takkan redhoooo dan pasrah yach untuk mati sia2 gitu
haruslahhhh cepatan sembunyi mana2
one last man standing sangat yach
iols jahhh yang berdiri dikelilingi mayat reramai tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2021 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 13-8-2021 01:37 AM
Tt tq buka thread yg best nie.. Nanti bukak laa lagi thread yg mcm nie..

Welkem. Iols tengah buat rangka karangan untuk thread berikutnya. Pendahuluan, isi2 penting, kesimpulan. Kekdahnya. Uols stay tuned!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2021 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 13-8-2021 01:44 AM
iols takkan redhoooo dan pasrah yach untuk mati sia2 gitu
haruslahhhh cepatan sembunyi mana2
one  ...

Plan yang hebat tuew uols. Tapi memang wujud penduduk yang sembunyi bawah mayat berlakon mati.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt. Karangan menarik mudah difahami. Even thou dh pnh tgok docu ni tp bila bc thread ni msih mnarik.. keep up!!
Dia sndiri mmg mental n addict. Sian btul ank ank kpd mak pak yg obsess jones ni. Tak bdosa tp mati katak mcm tu je. Dkat 1k org mati mmg mgerikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2021 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
r_innalif replied at 13-8-2021 02:21 AM
Thanks tt. Karangan menarik mudah difahami. Even thou dh pnh tgok docu ni tp bila bc thread ni msih  ...

Memang sedih mengenangkan nasib anak2 dan penduduk yang sebenarnya dah insof tapi terpaksa mengikut arahan si psycho nieyh. Tenkiu sebab menyinggah dekat thread iols.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 06:56 AM | Show all posts
Ooo sini smbgan..tq TT..takut baca bila taksub smpi mcm ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.368875 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list