CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 3

PARALIMPIK: Nur Syaiful tak sabar berentap dengan idola

[Copy link]
Post time 13-8-2021 08:17 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Perenang para negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli tidak sabar bertemu dan berentap dengan idolanya, Daniel Dias dari Brazil pada Sukan Paralimpik Tokyo, yang dijadual dari 24 Ogos hingga 5 September ini.

Muhammad Nur Syaiful yang bakal membuat penampilan sulung pada Sukan Paralimpik melahirkan rasa terujanya beraksi di Tokyo kerana ini mungkin peluang terakhir beraksi bersama Daniel yang dikhabarkan bakal bersara selepas temasya di Jepun itu.

Atlet kelahiran Sarawak itu dijangka beraksi dalam kategori S5 (cacat anggota) bagi acara 50 meter (m), 100m dan 200m gaya bebas dan 100m kuak dada.

Daniel adalah antara perenang para terbaik dunia apabila meraih sejumlah 24 pingat Sukan Paralimpik setakat ini dalam tiga temasya yang disertainya sebelum ini.

Perenang berusia 25 tahun dari Bumi Kenyalang itu percaya beliau yang sudah bersedia 100 peratus dari segi mental serta fizikal, dan mampu melakar kejutan pada saingan di Pusat Akuatik Tokyo itu nanti.

"Saya dah jumpa teknik. Rentak saya pada masa ini dan stamina saya juga sudah berada pada tahap terbaik setakat ini. Insya-Allah, saya akan buat kejutan di Tokyo nanti," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Muhammad Nur Syaiful pada masa sama sedikit terkilan apabila tidak dapat menjalani latihan ujian masa di Berlin, Jerman susulan pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan di dalam negara ketika ini.

Sukan Paralimpik Tokyo menyaksikan seramai 22 atlet para bakal menggalas cabaran negara dalam sembilan jenis sukan disertai negara.

- BHarian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2021 08:17 AM | Show all posts

Gambar fail - Atlet paralimpik negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck kepada semua athlete paralimpik negara!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Badan mesti dap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.076337 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list