CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 797|Reply: 1

Nama Azizulhasni terpahat lagi di 'Malaysia Book of Records'

[Copy link]
Post time 15-8-2021 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang hari ini dianugerahkan dengan satu catatan rekod di dalam Malaysia Book of Records (MBR) selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.

Penghargaan yang diterima hari ini adalah yang ketiga dalam kariernya selepas direkodkan sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi gangsa berbasikal trek di Sukan Olimpik di Olimpik Rio 2016 dan warga Malaysia pertama memenangi emas di dalam acara berbasikal trek Kejohanan Dunia 2017.

Pada penyampaian sijil MBR yang berlangsung secara maya dalam halaman Facebook MBR hari ini, Azizulhasni yang juga dikenali sebagai The Pocket Rocketman berkata dia berharap kejayaan cemerlang dikecapinya menjadi inspirasi buat atlet lain untuk mencapai kejayaan yang sama.

"Saya sungguh gembira dengan penghormatan ini dan ini bermakna saya perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan satu lagi pingat dalam tiga tahun seterusnya, di (Olimpik) Paris 2024," kata atlet berusia 33 tahun dari Dungun, Terengganu itu.

Anugerah itu disampaikan Ketua Pegawai Operasi MBR Christopher Wong dalam siaran langsung itu dengan menunjukkan satu sijil penghargaan sebagai simbolik penyampaian anugerah berkenaan.

"Saya memohon maaf kerana perlu memaklumkan jika anda mahukan satu lagi rekod daripada MBR anda perlu mendapatkan emas itu," kata Christopher.

Sementara itu, Pengasas MBR Tan Sri Danny Ooi berkata Azizulhasni berhak di atas penghargaan itu berdasarkan pencapaian cemerlangnya.

"Saya ucapkan tahniah atas dua perkara, satu ialah gelaran 'Datuk' yang diterima dan lagi satu kerana memenangi pingat perak di Tokyo, itulah sinar yang anda bawa kepada rakyat Malaysia pada hari itu," katanya.

Terdahulu dalam sesi langsung itu, Azizulhasni juga berkongsi kisah perjalanan hidupnya dan cerita di sebalik basikal yang digunakan semasa beraksi di Tokyo.

Azizulhasni memperoleh perak dalam acara keirin yang berlangsung di Velodrom Izu, Shizuoka, Ahad lalu dan muncul sebagai atlet berbasikal trek negara paling berjaya - memenangi perak dan gangsa dalam empat kemunculan berturut-turut di Olimpik sejak edisi Beijing 2008.

HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 08:48 PM | Show all posts

AZIZULHASNI berharap kejayaan cemerlang dikecapinya menjadi inspirasi buat atlet lain untuk mencapai kejayaan yang sama. FOTO Ihsan Facebook Malaysia Book of Records
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.277698 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list